awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lisa Blackpink dilantik Duta Amazing Thailand
Warisan India berkembang pesat di Malaysia - Modi
Subsidi bersasar RON95 dijangka beri penjimatan fiskal RM2.5 bilion hingga RM4 bilion setahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita Terkini ASEAN25: ASEAN sambut baik usaha tamatkan konflik Gaza

Faida Rahim
Faida Rahim
25/10/2025
02:36 MYT
Berita Terkini ASEAN25: ASEAN sambut baik usaha tamatkan konflik Gaza
Mohamad berkata, konflik politik global dijangka terus membayangi rantau ini, khususnya dalam landskap antarabangsa yang kini semakin dikuasai oleh persaingan berbanding konsensus, serta perpecahan berbanding dialog. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
KUALA LUMPUR: ASEAN menyambut baik usaha menamatkan keganasan di Gaza menerusi fasa pertama pelan komprehensif yang dikemukakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump bagi mengakhiri konflik di wilayah itu.
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, perkembangan itu menandakan langkah penting dalam usaha mencapai keamanan yang berkekalan di Gaza.
“Perkembangan ini menandakan langkah penting ke hadapan dan kita berharap ia akhirnya akan membawa kepada penentuan nasib sendiri rakyat Palestin serta penubuhan sebuah negara Palestin yang berdaulat dan merdeka,” katanya.
Beliau berkata dalam ucapan pembukaan Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN di Kuala Lumpur sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47, hari ini.
[TERKINI] Ucapan pembukaan Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN
Tambah beliau, konflik politik global dijangka terus membayangi rantau ini, khususnya dalam landskap antarabangsa yang kini semakin dikuasai oleh persaingan berbanding konsensus, serta perpecahan berbanding dialog.
“Ruang kita untuk kekal neutral dan menjadi pusat semakin mengecil, terutamanya dalam bidang perdagangan, teknologi dan keselamatan serantau. Seperti yang saya nyatakan pada awal kepengerusian Malaysia dalam ASEAN, kita mesti terus menjadi pihak yang bersuara, bukan pihak yang disuara,” tambahnya.
Menurut Mohamad Hasan, keperluan mendesak untuk ASEAN kekal bersatu dan proaktif dalam menghadapi masa depan yang semakin tidak menentu.
“Suara kolektif ASEAN perlu terus diperkukuh bagi memastikan rantau ini kekal relevan, stabil dan berdaya tahan di tengah-tengah cabaran geopolitik global yang semakin kompleks,” ujar beliau.
Dapatkan berita ASEAN 2025 di sini
Topic Berkaitan
#Berita Terkini ASEAN25
#Donald Trump
#konflik Gaza
#Anwar Ibrahim
#Sidang Kemuncak ASEAN ke-47
#Mohamad Hasan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan