awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peniaga kuih akok lapan perisa rancang hasilkan produk sejuk beku
Semua pihak perlu main peranan angkat martabat sektor pelancongan - PM Anwar
Australia pantau rapi wabak virus nipah - Menteri Kesihatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita Terkini ASEAN25: Presiden Brazil gesa hentikan kekejaman di Gaza, kecam tragedi kemanusiaan rejim Zionis

Syafik Shukri Jalil
Syafik Shukri Jalil
27/10/2025
06:06 MYT
Berita Terkini ASEAN25: Presiden Brazil gesa hentikan kekejaman di Gaza, kecam tragedi kemanusiaan rejim Zionis
Lula menyifatkan kekecewaannya melihat dunia hari ini lebih banyak membelanjakan dana untuk peperangan berbanding membantu rakyat yang kelaparan dan ditindas. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva, menyeru agar peperangan dan kekejaman terhadap rakyat Palestin di Gaza dihentikan segera, sambil menyifatkan tindakan kejam rejim Zionis sebagai tragedi kemanusiaan yang tidak seharusnya berlaku dalam dunia bertamadun.

Ringkasan AI
  • Presiden Brazil Lula da Silva gesa hentikan kekejaman di Gaza, menyifatkan tindakan Israel sebagai tragedi kemanusiaan dan menyeru dunia utamakan nasib wanita serta kanak-kanak Palestin.
  • Lula kecewa dunia lebih banyak belanja untuk senjata berbanding menghapuskan kelaparan, sambil mengkritik kepimpinan Israel atas kematian puluhan ribu rakyat Gaza.
  • Brazil sedia bantu cari penyelesaian damai bagi konflik Ukraine-Rusia dan menyeru dunia kembali kepada nilai kemanusiaan sejagat.

Lula menegaskan bahawa penderitaan yang ditanggung rakyat awam, khususnya wanita dan kanak-kanak, harus menjadi keutamaan dan perhatian utama masyarakat antarabangsa.
Selain itu, Lula menyifatkan kekecewaannya melihat dunia hari ini lebih banyak membelanjakan dana untuk peperangan berbanding membantu rakyat yang kelaparan dan ditindas.
“Apa yang menyedihkan saya, tahun lalu dunia membelanjakan 2.7 trilion dolar Amerika untuk senjata, tetapi tidak sampai 10 peratus daripada jumlah itu digunakan untuk menghapuskan kelaparan.
“Dan apa yang lebih memilukan lebih 70,000 wanita dan kanak-kanak yang mati kebuluran di Gaza tidak akan kembali dan semua ini berlaku kerana sikap tidak bertanggungjawab seorang pemimpin politik di Israel,“ katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media sempena lawatan rasminya ke Malaysia bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN, di ibu negara, pada Isnin.
Pada masa sama, Lula turut menekankan dunia kembali kepada nilai kemanusiaan sejagat dengan menyatakan bahawa perang tidak lagi boleh dijadikan alat penyelesaian politik.
Menyentuh mengenai krisis berlarutan melibatkan konflik antara Ukraine dan Rusia, Lula turut menyatakan kesediaan Brazil untuk membantu mencari penyelesaian damai.
“Sudah tiga tahun perang di Ukraine berlarutan.
“Semua pihak tahu apa yang mereka mahu. Sudah tiba masanya untuk duduk di meja rundingan dan tamatkan peperangan,” katanya lagi.
Lawatan Lula ke Malaysia merupakan sebahagian daripada rangka kunjungan beliau ke Asia Tenggara bagi memperkukuh kerjasama Selatan-Selatan serta hubungan antara Brazil dan ASEAN, termasuk dalam memperjuangkan keamanan dan keadilan global.
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Brazil
#Luiz Inacio Lula da Silva
#Gaza
#Israel
#ASEAN25
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan