awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Korea Selatan laporkan kes keempat demam babi Afrika ketika virus menular ke seluruh negara
Bursa Malaysia cecah paras tertinggi baharu, indeks komposit naik 1.55 peratus
Angka ekonomi negara memukau, namun jangan dilupakan yang terpinggir - PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita Terkini ASEAN25: Tarian spontan Kapa Haka untuk pekerja hotel bikin hati cair

Asyraf Malik
Asyraf Malik
28/10/2025
12:30 MYT
Berita Terkini ASEAN25: Tarian spontan Kapa Haka untuk pekerja hotel bikin hati cair
Tarian spontan ini merupakan satu bentuk penghargaan kepada kakitangan hotel yang bertungkus lumus menjayakan Majlis Makan Tengah Hari Gala ASEAN-New Zealand di ibu negara pada Selasa. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Satu babak mencuit hati serta mengharukan apabila penampil Kapa Haka mempersembahkan tarian bertenaga secara spontan sebagai satu bentuk penghargaan kepada kakitangan hotel yang bertungkus lumus menjayakan Majlis Makan Tengah Hari Gala ASEAN-New Zealand di ibu negara pada Selasa.
Kapa Haka merupakan seni persembahan tradisional masyarakat Māori yang menggabungkan waiata (lagu), pergerakan berirama, nyanyian beramai-ramai serta gerak tubuh tersusun.
Sebelum itu, persembahan Kapa Haka turut menyambut ketibaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri New Zealand, Christopher Luxon ke majls meraikan ulang tahun ke-50 dialog kerjasama antara ASEAN dan negara Oceania itu, di Hotel Mandarin Oriental.
Untuk rekod, dalam Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang-sidang Berkaitan, New Zealand memperkukuh penglibatan melalui Perkongsian Strategik Komprehensif (CSP) yang baru ditubuhkan.
Ia membuka lembaran baharu dalam masa depan bersama kedua-dua negara meliputi pelbagai bidang termasuk komuniti, pendidikan, budaya, perniagaan dan pertahanan.
Melewati ke ruangan komen di platform media sosial, warga maya menzahirkan rasa kagum dengan inisiatif murni penampil Kapa Haka itu.
"Sepatutnya saya ada di situ untuk tengok persembahan mereka," komen Chantai Gonzales di platform Instagram.
Dapatkan berita ASEAN 2025 di sini
Topic Berkaitan
#ASEAN25
#Instagram
#media sosial
#sidang kemuncak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan