Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuat bayaran berjuta ringgit bagi penyenggaraan helikopter yang tidak aktif, demikian menurut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Tahun 2019 yang dikeluarkan hari ini.
Laporan itu menyebut, bahawa Klausa 15.2 di dalam kontrak perkhidmatan penyenggaraan menyatakan, yang selepas enam bulan helikopter tidak aktif, bayaran tetap bulanan penyenggaraan helikopter yang dikenakan untuk satu helikopter, akan dikurangkan sebanyak 25 peratus.
“Bayaran tetap bulanan penyenggaraan helikopter adalah sejumlah RM38,500 dan selepas pengurangan adalah sejumlah RM28,875.
“Ia mengulas bahawa lawatan Audit yang dijalankan pada bulan September 2019 di Pusat Gerakan Udara (PGU) Subang mendapati, sebuah daripada empat buah helikopter yang tidak aktif melebihi enam bulan, tidak dikurangkan bayaran tetap bulanan sebanyak 25 peratus,” kata laporan itu.
Menurut laporan itu, helikopter berpendaftaran 9M-PHJ tidak aktif sejak kemalangan semasa pendaratan pada 13 Mac 2018, dan tempoh masa tidak aktif bagi helikopter berkenaan sehingga bulan Ogos 2019 adalah selama 17 bulan.
“Bagaimanapun, bayaran tetap bulanan helikopter masih dikenakan pada kadar RM38,500 sebulan, selepas tempoh enam bulan dari tarikh helikopter berkenaan tidak aktif,” menurut laporan itu.
“Mengikut pengiraan Audit, sejumlah RM105,875 telah terlebih bayar bagi bayaran tetap bulanan helikopter berkenaan bagi tempoh 11 bulan iaitu dari Oktober 2018 hingga September 2019 (setelah ditolak tempoh enam bulan sebelum pengurangan 25 peratus bayaran tetap bulanan helikopter),” katanya.
Menurut laporan itu juga, siasatan lanjut mendapati bayaran berjumlah RM3.47 juta telah dibuat bagi penyenggaraan dua buah helikopter, yang tidak aktif melebihi tiga tahun daripada tahun 2017 hingga 2019.
“Pihak Audit mendapati perkara ini berlaku kerana syarat kontrak hanya membenarkan potongan harga diberikan maksimum terhadap tiga buah helikopter pada satu masa. Ini menyebabkan pembaziran sejumlah RM3.47 juta,” kata LKAN.
Dalam pernyataan audit segmen maklumbalas PDRM 17 Jun lepas, ia memaklumkan bahawa kontrak perkhidmatan penyenggaraan sepatutnya tidak mengehadkan bilangan maksimum helikopter yang boleh diberi pengurangan bayaran penyenggaraaan pada satu masa kerana kerosakan berlaku di luar jangkaan.
Oleh itu, Audit mengesyorkan pihak PDRM memastikan pegawai penyedia, penyemak dan pengesah membuat semakan dengan teliti mengikut syarat kontrak sebelum bayaran dibuat bagi mengelakkan pembayaran tidak wajar.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 24 2020
Siasatan lanjut mendapati bayaran berjumlah RM3.47 juta telah dibuat bagi penyenggaraan dua buah helikopter yang tidak aktif melebihi tiga tahun. -Gambar hiasan
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Sistem pajakan helikopter lebih telus, elak beban kewangan negara - Anwar
Kaedah itu membolehkan kerajaan membuat penjimatan dari segi keperluan penyelenggaraan dan kerosakan yang menjadi masalah besar ketika ini.
Taufan Kristine: TUDM terbangkan bekalan khemah ke kawasan bencana di Bicol
Misi itu membabitkan penerbangan membawa 1.3 tan kanvas tarpal untuk khemah sementara ke Lapangan Terbang Antarabangsa Bicol.
Hadapi banjir: Bomba Kelantan mohon helikopter
Langkah itu wajar memandangkan Kelantan antara negeri yang lazimnya mengalami banjir lebih teruk berbanding negeri lain.
Helikopter bawa 22 orang hilang di Semenanjung Kamchatka, Rusia
Mereka yang menaiki helikopter itu terdiri daripada 19 pelancong dan tiga kru pesawat itu.
Pesawat M81-11 TDM lakukan pendaratan cemas, anak kapal cedera
Insiden melibatkan tiga anak kapal yang terdiri daripada seorang jurulatih helikopter, seorang penuntut kursus dan seorang krew kuatermaster.
Banjir di selatan Jerman: Helikopter digunakan untuk selamatkan penduduk
Sebuah daik dan empangan juga runtuh akibat banjir dan memerlukan pemindahan.
Operasi mencari helikopter dinaiki Presiden Iran sedang berjalan
Operasi mencari dan menyelamat dijangka mencabar dan mungkin mengambil masa disebabkan oleh keadaan muka bumi dan cuaca yang buruk.
Helikopter bawa Presiden Ebrahim Raisi dilaporkan terhempas
Sebuah helikopter yang membawa Presiden Iran, Ebrahim Raisi dilaporkan terhempas di barat laut Iran pada Ahad.
Nahas helikopter Lumut: Laporan awal diterbitkan esok - Fahmi
Laporan awal yang melibatkan nahas dua helicopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang mengorbankan 10 pegawai dan anggotanya dijangka akan diterbitkan esok.
9 tentera terbunuh nahas helikopter di Colombia
Helikopter itu terputus hubungan dengan pangkalan pada tengah hari dan kemudian didapati terhempas berhampiran daerah Santa Rosa.