KUALA LUMPUR:Kes kesalahan lalu lintas perlu melalui pelaksanaan pendigitalan bermula 2021, bagi mengurangkan bilangan kes terlalu tinggi, sehingga mengambil banyak masa kehakiman, kata Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat.
Dalam Amanat Tahun Baharu 2021 bertajuk “Mengimbas Kembali 2020, dan Aspirasi 2021”, beliau berkata, bilangan kes yang tercatat antara Januari hingga Oktober 2020 sahaja adalah sebanyak 882,013 kes.
Biarpun ia lebih kurang berbanding tahun sebelumnya iaitu 1,396,188 kerana sekatan pergerakan melalui Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), Tengku Maimun berkata, ia masih terlalu tinggi, dan perlu dilupuskan melalui pendigitalan.
“Rancangan Badan Kehakiman untuk tahun 2021 adalah untuk mendigitalkan proses pengakuan bersalah dalam kes kesalahan lalu lintas dan membenarkan pembayaran denda secara elektronik.
“Pada masa ini, terdapat mekanisme dalam seksyen 137 Kanun Tatacara Jenayah yang membolehkan seseorang yang dituduh untuk mengaku bersalah melalui surat.
“Melalui kaedah tersebut, Majistret dibenarkan untuk mengecualikan kehadiran tertuduh, untuk mensabitkannya dan menjatuhkan hukuman denda sahaja,” katanya lagi.
Bagi mengurangkan kesesakan dan untuk meningkatkan lagi akses kepada keadilan dan kecekapan Mahkamah Majistret, Tengku Maimun berkata, adalah dicadangkan, sebagai tambahan kepada kaedah pengakuan bersalah melalui surat, untuk membenarkan penerimaan pengakuan bersalah dan untuk menjatuhkan hukuman denda sahaja, melalui sistem elektronik yang ditetapkan.
Jelasnya lagi, kaedah itu telah dilaksanakan di beberapa negara lain seperti Singapura, England dan Wales serta Australia.
“Apabila sistem pengakuan bersalah secara elektronik dilaksanakan, projek seterusnya adalah untuk menggabungkannya dengan teknologi ‘Artificial Intelligence’ (AI) sebagai garis panduan penghukuman.
“Mahkamah Rendah di Sabah dan Sarawak telah menerajui integrasi penggunaan AI dalam menjatuhkan hukuman untuk kesalahan tertentu.
“Bagi memastikan keselarasan dalam menjatuhkan hukuman, kita berusaha untuk melakukan perkara yang sama di Semenanjung Malaysia bagi kes-kes tertentu dan kita berhasrat untuk menggabungkannya dengan sistem pengakuan bersalah melalui teknologi AI,” katanya lagi.
Tengku Maimun berkata, projek itu sedang dalam proses untuk dilaksanakan pada akhir tahun 2021, tertakluk kepada wujudnya undang-undang berhubung sistem pengakuan bersalah secara elektronik tersebut.
Selain itu, beliau berkata, antara cadangan pendigitalan lain yang boleh menambah keupayaan Badan Kehakiman ialah e-Pesuruhjaya Sumpah, di mana permohonan akan dihantar dan diproses secara dalam talian dan peperiksaan serta temuduga juga akan dilakukan secara dalam talian.
“Sistem ini dijangka akan beroperasi sepenuhnya bermula pada 25 Januari 2021 dan orang awam serta peguam juga boleh membuat carian berkaitan lokasi berdekatan Pesuruhjaya Sumpah dengan cara melayari laman web rasmi Badan Kehakiman.
“Dengan penggunaan teknologi di seluruh hierarki kehakiman, peguam dan litigan tidak lagi perlu membawa banyak dokumen ke Mahkamah. Anda hanya perlu membawa komputer riba atau i-Pad,” katanya lagi.
Tengku Maimun berkata, Badan Kehakiman juga menyedari peguam dan litigan juga membelanjakan sejumlah wang untuk mendapatkan ‘transcriber’ profesional untuk menjadikan Trankripsi Rakaman Mahkamah sebagai transkrip bercetak.
Selain itu, beliau berkata, pada masa ini, terutamanya di Mahkamah Rendah, Hakim Mahkamah Sesyen dan Majistret memberi tumpuan masa yang banyak untuk menyiapkan nota prosiding, dan ini semua memakan kos dari segi kewangan dan masa.
Oleh itu, jelasnya lagi, Badan Kehakiman akan melaksanakan Sistem Rakaman & Suara ke Teks (RVT) bagi menggantikan CRT sepenuhnya, yang mana ia mampu mengubah ucapan menjadi transkrip bertulis.
“Kita sedar bahawa sistem ini tidak sempurna tetapi, sebagai sistem pintar, ia mampu beradaptasi. Matlamatnya adalah agar sistem RVT dapat mentranskripsikan keterangan saksi dan hujahan lisan secara betul dan automatik ke dalam bentuk bertulis.
“Hakim dan peguam hanya perlu meneliti produk akhir untuk mengesahkan ketepatan transkripsi,” katanya lagi.
Tengku Maimun berkata, pemasangan sedang dijalankan dan dijangka selesai di 55 lokasi meliputi 320 bilik bicara pada Januari 2021 kecuali di Ipoh, dan RVT dijangka dapat dilaksanakan menjelang April 2021.
Firdaus Azil
Thu Dec 31 2020

Tengku Maimun berkata, jumlah kes lalu lintas yang tercatat tahun ini terlalu tinggi, dan mengambil banyak masa kehakiman. - Gambar fail/BERNAMA

Pemandu Proton Waja rempuh kenderaan diberkas, seorang lagi diburu
Seorang pemandu kereta Proton Waja yang merempuh dua kenderaan di persimpangan lampu isyarat Sierramas di Sungai Buloh, di sini sehingga memaksa polis melepaskan beberapa tembakan, berjaya diberkas.

AWANI Ringkas: Kesan sampingan suntikan vaksin kes terpencil | Aktiviti pertanian mungkin punca kebakaran hutan Cameron Highlands

AWANI Ringkas: Pendaftar gagal hadir suntik vaksin boleh dikenakan tindakan | Jadual peperiksaan SPM sesi petang dipinda

Sesi persekolahan beberapa daerah di Sarawak ditangguhkan sehingga 14 Mac
Pembukaan sesi persekolahan beberapa daerah di Sarawak ditangguhkan selama dua minggu berkuatkuasa 1 hingga 14 Mac depan.

Koperasi terjejas ditawar penjadualan semula TPM-SKM - Mas Ermieyati
Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, selain itu, koperasi diberi peluang untuk mendapat pembiayaan TMP-SKM sehingga RM100,000 tanpa cagaran dengan grace period selama enam bulan.

Agenda AWANI: Parlimen dibenar bersidang, apa reaksi Ahli Politik?
YDP Agong berpandangan Parlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat. Apa reaksi Ahli Parlimen berhubung signifikan proses semak dan imbang dalam amalan demokrasi ketika ini? Ikuti reaksi Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu (Ahli Parlimen Tambun / Timbalan Presiden Bersatu), Tan Sri Noh Omar, (Ahli Parlimen Tanjong Karang / Ahli Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021) dan Fahmi Fadzil, (Ahli Parlimen Lembah Pantai / Pengarah Komunikasi PKR).

Teruskan dengan norma baharu walaupun sudah terima vaksin - Anwar
Rakyat Malaysia harus terus mengubah suai tata hidup, walaupun individu berkenaan sudah menerima vaksin bagi mengelak jangkitan baharu, ujar Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malaysia Prihatin | Nantikan Amanat Perdana dari PM 1 Mac ini
Menjelang 1 Mac, genap setahun negara mengangkat tema Malaysia Prihatin yang membawa maksud cukup mendalam kepada rakyat Malaysia selari dengan keadaan negara masih berdepan dengan pandemik COVID-19. Sempena ulang tahun tersebut, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin akan memberi amanat perdana setahun Malaysia Prihatin pada jam 10 pagi, Isnin depan.

Amalkan konsep 'semak dan imbang' bila Parlimen bersidang, bukan 'semak dan samun' - Ahmad Faizal
Ahmad Faizal berkata, sekiranya sidang Parlimen dipenuhi perkelahian sesama ahlinya, maka masalah COVID-19 dan ekonomi negara tidak selesai.
![AWANI 7:45 [26/02/2021]: Serbu parti liar | Tiada penangguhan Akta 446 AWANI 7:45 [26/02/2021]: Serbu parti liar | Tiada penangguhan Akta 446](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1892705/9449742761614346979249_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [26/02/2021]: Serbu parti liar | Tiada penangguhan Akta 446
Saksikan #AWANI745 untuk mendapatkan berita terkini dalam dan luar negara bersama penyampai Luqman Hariz dan Nailah Huda Fokus #AWANI745: - Imuniti kelompok dijangka enam hingga sembilan bulan lagi. - Boleh dikenakan tindakan jika enggan disuntik vaksin selepas daftar. - Lelaki ditahan kejadian polis tembak tayar kereta. #HapusCOVID19 #MyVaksinCOVID19

May Day For Justice - Tribut buat Tun Salleh Abas
Bagi Tun Salleh Abas, kisah pemecatan sebagai Ketua Hakim Negara daripada pandangan dan kaca mata adalah satu titik hitam dalam kehidupannya.

Perdana Menteri zahir ucapan takziah kepada keluarga Tun Salleh Abas
Perdana Menteri berkata, Allahyarham telah memperkasa dan mengangkat integriti institusi kehakiman sewaktu menjadi Ketua Hakim Negara

Tun Salleh Abas positif COVID-19
Bekas Ketua Hakim Negara Tun Dr Mohamed Salleh Abas disahkan positif COVID-19.

Pandemik COVID-19 dorong Badan Kehakiman lebih aktif dalam media sosial - Tengku Maimun
Tengku Maimun berkata, hubungan yang berterusan dengan orang awam adalah penting untuk mendidik dan memberi mereka maklumat yang tepat.

Bermula 2021, perbicaraan kes lalu lintas dicadang lalui sistem elektronik sahaja - Ketua Hakim Negara
Tengku Maimun berkata, jumlah kes lalu lintas yang tercatat tahun ini terlalu tinggi, dan mengambil banyak masa kehakiman.

COVID-19: Badan Kehakiman manfaat teknologi laksana prosiding dalam talian - Ketua Hakim Negara
Tengku Maimun berkata, ia bagi memastikan akses keadilan kepada orang awam, biarpun terdapat batasan pergerakan dalam era PKP dan PKPB.

Ditahan di bawah POCA, Mahkamah Persekutuan tangguh keputusan rayuan 'Datuk', dua anggota polis
Panel lima hakim menangguhkan penghakiman terhadap rayuan Datuk Addy Kana, Koperal Muhamad Amin dan Koperal Mohd Hairy selepas mendengar hujah pihak-pihak terlibat.

Penghakiman dua bekas hakim kanan dilindungi doktrin de facto - Mahkamah Persekutuan
Tengku Maimun berkata doktrin de facto adalah bertujuan memelihara integriti keputusan kehakiman dan melindungi keputusan hakim daripada serangan kolateral.

'Sekiranya darurat, kerajaan tidak boleh salah guna kuasa' - Tun Zaki
Tun Zaki berpendapat, YDP Agong sangat berhati-hati sebelum buat Pengisytiharan Darurat, dan ini termasuk berunding dahulu dengan Raja-raja.

AG dapat kebenaran mula prosiding komital terhadap Mkini Dotcom, ketua editor
Panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan hari ini membenarkan permohonan ex-parte yang difailkan AG, Tan Sri Idrus Harun bagi memulakan prosiding komital terhadap Mkini Dotcom Sdn Bhd dan Ketua Editor.