awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BERNAS sokong usaha kerajaan pastikan bekalan beras mencukupi

Astro Awani
Astro Awani
28/09/2023
02:55 MYT
BERNAS sokong usaha kerajaan pastikan bekalan beras mencukupi
Melalui peranannya sebagai pembeli padi yang terakhir, purata pegangan pasaran padi tempatan BERNAS adalah hanya sekitar 10 peratus.
KUALA LUMPUR: Berikutan kegusaran orang ramai berhubung kekurangan beras putih di pasaran, Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) memberi jaminan bahawa bekalan beras putih adalah mencukupi.
Menurut BERNAS, dalam menguruskan bekalan beras import ke dalam negara, pihaknya menyalurkan sebanyak 630,000/TM dari Januari hingga Ogos 2023 iaitu peningkatan sebanyak 38 peratus berbanding dengan purata jualan bulanan bagi tempoh 5 tahun yang lepas.
"Ini bermakna, bekalan beras putih adalah lebih dari mencukupi tanpa kerajaan perlu menggunakan bekalan stok penimbal," kata BERNAS dalam satu kenyataan hari ini.
Bagaimanapun kata BERNAS, permintaan ke atas beras putih tempatan semakin meningkat disebabkan perbezaan harga beras putih tempatan dan import.
Peningkatan ini disebabkan peralihan permintaan daripada beras putih import kepada beras putih tempatan oleh pengguna, pembekal kontrak dan pemain-pemain industri makanan.
Tambah BERNAS, melalui peranannya sebagai 'Buyer of Last Resort' atau pembeli padi yang terakhir, purata pegangan pasaran padi tempatan BERNAS hanya sekitar 10 peratus, manakala selebihnya dibeli dan diproses oleh kilang-kilang swasta.
Namun, BERNAS sentiasa komited dan menyokong semua program intervensi yang dilaksanakan oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan bagi menjamin bekalan beras tempatan.
Topic Berkaitan
#BERNAS
#beras putih
#beras tempatan
#beras import
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan