ALOR SETAR: Setiap kali tiba bulan Ramadan, kaum ibu lazimnya sentiasa ‘pening’ memikirkan hidangan atau juadah yang perlu disediakan untuk berbuka puasa atau bersahur.
Tambahan pula, kehendak dan selera anak-anak yang pelbagai perlu juga diberi perhatian.
Namun, bagi sebilangan besar masyarakat di Kedah, satu hal yang tidak pernah dilupakan setiap kali tibanya bulan penuh kemuliaan bagi umat Islam itu ialah hidangan ikan masin untuk bersahur.
Biar semoden mana sekalipun masyarakatnya, tradisi menjamu keluarga dengan ikan masin tidak pernah
Ikan masin atau masam ibarat goreng pisang panas kerana ia wajib ada di setiap rumah untuk pembuka selera terutamanya ketika bersahur.
Bagi seorang pengusaha ikan masin dan masam di Kuala Kedah dia tidak menang tangan untuk membuat ikan kering itu selepas menerima banyak tempahan pada tahun ini.
Menurut Chempaka Ladun, 43, ikan yang menjadi pilihan adalah put-put, kebasi (selangat), tamban, gelama, senangi, tengerong dan talang.
Setiap hari, katanya, lebih 30 kilogram (kg) pelbagai jenis ikan akan dibersihkan sebelum dijemur di atas para di hadapan rumahnya.
Katanya, isi ikan nipis dan lebih rangup apabila digoreng dan diletak sedikit bawang.
“Ikan masin ini penambah selera, kadang-kadang orang tua dan orang muda dan budak-budak pun suka makan sebab nak makan untuk (juadah) yang lain tak ada selera dah, (nak makan) ayam pun tak mahu. Ini (ikan masin) pembuka dan penutup selera sahur dan juga berbuka puasa,” katanya.
Dibantu adiknya Salwa Ladun, 31, kerja memproses dan menjemur dapat dipercepatkan.
Menurut Salwa, cuaca panas terik di Kedah ketika ini banyak membantu proses pengeringan.
Katanya, dalam masa lima jam dia sudah mampu mengumpul 15 kg ikan yang siap dikeringkan.
“Permintaan (ikan masin) di bulan puasa memang tinggi. Dari segi ikan pula, gelama masam yang paling orang mintak banyak.
“Pelanggan tidak kira ada datang dari luar, ada dari kawasan dekat-dekat sini. Ikan masin jadi pilihan orang Kedah sebab benda ini mudah disiapkan, orang kata makanan utama orang Kedah.
“Ikan masin sedap dimakan dengan nasi kosong walaupun tiada kuah, setiap kali puasa memang orang cari yang ini untuk dimakan tidak kira waktu berbuka ataupun sahur,” ujar Salwa.
Adie Sufian Zulkefli
Thu Mar 30 2023
Menurut Chempaka Ladun, ikan yang lazimnya menjadi pilihan untuk diproses menjadi ikan masin adalah put-put, kebasi (selangat), tamban, gelama, senangi, tengerong dan talang. - Gambar Astro AWANI
Malaysia, Uzbekistan akan ubah jawatankuasa bersama dalam perdagangan kepada suruhanjaya bersama
Malaysia dan Uzbekistan telah bersetuju untuk mengaktifkan Jawatankuasa Bersama Perdagangan Antara Kerajaan dan mengubah jawatankuasa itu menjadi Suruhanjaya Bersama Antara Kerajaan.
13 negara gesa sekatan terhadap Israel daripada serang Rafah
Antara negara yang menandatangani surat berkenaan ialah Australia, yang mana menteri-menteri luar negara terbabit turut meminta gencatan senjata yang mampan.
Sekolah di bandar Bitung ditutup
Sekolah-sekolah ditutup di Bandar Bitung selepas abu dan hujan dari gunung berapi Ruang mencurah di Sulawesi Utara Indonesia.
Brazil dipilih sebagai tuan rumah Piala Dunia Wanita FIFA 2027
Brazil akan menjadi tuan rumah Piala Dunia Wanita Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2027 selepas undian di Kongres FIFA ke-74 pada Jumaat.
40 senator Thailand mohon pemecatan Srettha
Ketika rombakan Kabinet bulan lalu, senator itu membantah pelantikan bekas peguam, Pichit Cuenban, sebagai Menteri di pejabat Srettha.
Lelaki bakar rumah ibadat ditembak mati
Polis menembak mati seorang lelaki bersenjata yang membakar rumah ibadat di Rouen Perancis.
Bayaran dam dan korban melalui THiJARI diteruskan
Lembaga Tabung Haji (TH) meneruskan perkhidmatan bayaran dam dan korban melalui aplikasi THiJARI untuk musim haji tahun ini seperti tahun-tahun sebelumnya, bagi memudahkan bakal jemaah haji negara untuk melunaskan tanggungjawab masing-masing.
Singapura kutuk, nasihat warganya di Malaysia berhati-hati
Singapura mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram di Johor pada Jumaat, yang mengakibatkan kematian dua anggota polis dan mencederakan seorang lagi.
Pengajaran kepada kita, akibat fahaman radikal
Insiden yang menimpa dua anggota polis di Ulu Tiram patut dijadikan sebagai pengajaran akibat bila berfahaman radikal.
KJ beri gambaran tak cepat kembali ke dunia politik, jika mampu bertahan
Khairy Jamaluddin berkongsi pengalaman dalam program Ayuh Johor, termasuk melibatkan kejayaan ketika menggalas tugas sebagai menteri sehingga kekalahannya dalam Pilihan Raya Umum Ke-15, yang lalu.
Adab di pagi 1 Syawal
Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin...
Teh panas jadi hidangan tradisi selepas Tarawih di Pakistan
Tradisi berkumpul untuk "chai dan gup shup" bukan sahaja terhad di Quetta tetapi kelaziman di kebanyakan bandar utama di Pakistan.
Ramadan dan Syawal menggamit rindu perantau
Bulan Ramadan di perantauan mempunyai cabaran tersendiri terutamanya perlu berpuasa untuk tempoh yang panjang.
Empat beranak tinggal dalam bangsal, tiada persiapan Aidilfitri
Sebelum ini mereka sekeluarga menyewa di Seberang Perai Utara, namun disebabkan masalah kewangan, mereka tidak dapat melunaskan sewa rumah.
Agong berkenan menerima menghadap, berbuka puasa bersama PM
Mesyuarat yang bermula pada 6 petang itu berlangsung selama kira-kira sejam, sebelum disusuli dengan majlis berbuka puasa.
Baju raya mahal: Keperluan atau kehendak nafsu?
Murah tidak semestinya tidak berkualiti dan mahal tidak semestinya berkualiti tinggi.
Kuota internet tambahan percuma sempena Aidilfitri
Pengguna pakej prabayar akan menikmati kuota Internet tambahan percuma dan pulangan tunai sempena Aidilfitri bagi tempoh tertentu hingga 31 Mei ini, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.
Aidilfitri: Lebih 3 juta kenderaan dijangka masuk Perak
Lebih tiga juta kenderaan dijangka memasuki Perak melalui Lebuhraya Utara-Selatan dan Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) menjelang sambutan Aidilfitri.
Jordan Mintah bawa anak yatim beli baju raya
Perbezaan agama tidak jadi halangan bagi pemain bola sepak Terengganu FC (TFC), Jordan Mintah untuk membantu kanak-kanak yang kurang berkemampuan membuat persiapan hari raya.
PDRM beri diskaun khas semua saman, hanya bayar RM50 - PM Anwar
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melaksanakan Kadar Khas Bayaran Saman yang hanya berjumlah RM50 bagi semua saman trafik, bermula 21 April sehingga 21 Mei 2023.