KUALA LUMPUR: Seluruh kepimpinan dan pendokong UMNO sama ada di peringkat cawangan dan bahagian perlu bersatu mendokong kepimpinan parti itu pada setiap masa.

Gesaan yang dibuat Pengerusi-pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri itu turut mengajak semua Ahli Parlimen dari parti itu dan kepimpinan agar mematuhi dan mempertahankan sebarang keputusan parti setiap masa.

Pengerusi-pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri turut bependapat, tindakan itu selaras dengan garis panduan yang diperuntukkan dalam Perlembagaan UMNO.

“Semua ahli parti juga diminta terus istiqamah, berpegang teguh kepada prinsip perjuangan, peraturan dan tatasusila sebagai ahli UMNO,” kata kesemua 13 Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Isnin.