KUALA LUMPUR: Bersatu menyeru Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya menyegerakan pelaksanaan pindaan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2019 berhubung kelayakan mengundi pada usia 18 tahun.
Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata langkah itu perlu sebagai mengiktiraf peranan serta penglibatan golongan muda dalam politik.
"Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu menegaskan bahawa parti mengiktiraf peranan serta penglibatan aktif anak muda dalam bidang politik dan aktiviti kemasyarakatan," katanya dalam kenyataan hari ini susulan Mesyuarat MPT parti itu semalam.
Sementara itu, Hamzah berkata Bersatu telah melantik 12 wakilnya yang diketuai Presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri bagi menganggotai Jawatankuasa Permesyuaratan Bersatu-PAS peringkat pusat untuk membincangkan strategi kedua-dua parti tersebut bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
"Dalam masa sama, Bersatu juga bersiap sedia untuk membantu rakan politik lain seperti Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang setia menyokong kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri, khususnya dalam menghadapi Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri Sarawak akan datang," katanya.
Hamzah yang juga Menteri Dalam Negeri berkata MPT Bersatu mengulangi komitmennya untuk memperkukuhkan kerjasama antara parti-parti anggota Perikatan Nasional yang terdiri daripada PAS, Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Parti Progresif Sabah (SAPP) dan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan).
Dalam mesyuarat semalam juga, MPT memutuskan untuk menyegerakan pelantikan Ketua Bahagian Ahli Bersekutu dalam masa terdekat bagi memperkasakan dan meningkatkan lagi penglibatan ahli-ahli bersekutu di seluruh negara.
Ahli bersekutu merujuk kepada ahli Bersatu yang bukan bumiputera.
Bersatu juga kata Hamzah kekal dengan iltizam untuk meningkatkan gerak kerja parti di setiap peringkat dalam usaha membantu rakyat Malaysia yang masih terkesan akibat penularan pandemik COVID-19 dan dalam situasi ekonomi global yang mencabar.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 04 2021

Hamzah Zainudin berkata langkah itu perlu sebagai mengiktiraf peranan serta penglibatan golongan muda dalam politik. -Gambar fail

Rang Undang-Undang Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah 2021 mampu jimat kos, hukuman lebih adil
Rang Undang-Undang Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah (Pindaan) 2021 dilihat mampu menjimatkan kos pengurusan penjara selain mewujudkan hukuman lebih adil kepada pesalah.

ASEAN55: Dasar tidak campur tangan perlu lihat keadaan semasa
Timbalan KSU (Jabatan Hal Ehwal Pelbagai Hala) Kementerian Luar Negeri, Datuk Cheong Loon Lai melihat dasar tidak campur tangan ASEAN perlu diolah mengikut situasi terkini di rantau ini.

ASEAN55: Perkongsian kelebihan & kekurangan rapatkan jurang antara negara anggota
Ketua Penolong Pengarah Seksyen Pembangunan Komuniti & Sosial NADMA, Muhammad Fauzie Ismail melihat ASEAN berada di landasan betul dalam usaha kemanusiaan.

ASEAN55: Perlu ada keberanian untuk kaji semula dasar-dasar tertentu
Ketua Pegawai Eksekutif GPM Malaysia, Ahmad Fahmi Mohd Samsudin berpendapat ASEAN perlu melihat semula kedudukan mereka menuju matlamat asal penubuhannya.

PDRM umum pertukaran 20 pegawai kanan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pertukaran 20 pegawai kanannya berkuat kuasa 12 Sept ini.

Jangan gentar dengan ribut dan badai, kata PM Lee sempena sambutan Hari Kebangsaan Singapura ke-57
Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong mengingatkan rakyatnya agar sentiasa kekal bersatu dan teguh.

Subsidi bersasar dilaksanakan apabila keadaan ekonomi mengizinkan - Tengku Zafrul
Keputusan memperkenalkan subsidi bersasar hanya akan dibuat setelah keadaan ekonomi mengizinkan iaitu apabila kadar inflasi dapat dikawal dengan baik.

JPJ rancang tindakan bersepadu tingkat intensiti penguatkuasaan pemeriksaan kenderaan perdagangan
Ia bagi mengurangkan peningkatan risiko kemalangan terutama melibatkan kenderaan perdagangan.
![AWANI 7:45 [08/08/2022] - Kapal pertama LCS | Skandal LCS | Kerjasama politik DAP-UMNO? AWANI 7:45 [08/08/2022] - Kapal pertama LCS | Skandal LCS | Kerjasama politik DAP-UMNO?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1981705/thumbnails/12745353021659965705660_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [08/08/2022] - Kapal pertama LCS | Skandal LCS | Kerjasama politik DAP-UMNO?
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Jasmine Abu Bakar Tumpuan #AWANI745 malam ini: Rafizi dakwa Najib di sebalik penyelewengan LCS Peniaga patuh harga maksimum minyak masak, ada jual lebih murah DAP tidak tolak kemungkinan bekerjasama dengan UMNO #AWANInews #PolitikMalaysia

'Sumbat' vape di mulut bayi, seorang lelaki ditahan
Seorang lelaki yang bertindak meletakkan vape pada mulut bayi berusia 7 bulan dalam satu kejadian tular di media sosial sebelum ini, ditahan pihak polis.

Jumlah pengundi di Sarawak kini melebihi 1.9 juta
Sarawak melaporkan pertambahan 675,077 jumlah pengundi baharu yang layak mengundi menjadikan jumlah keseluruhan kepada 1,927,750 pada suku keempat 2021.

Belia perlu tingkatkan penyertaan dalam politik, konsisten perangi rasuah
Tidak semua anak muda mempunyai idea atau buah fikiran yang sama terhadap sesuatu isu semasa.

PRN Johor: Pertama kali mengundi, satu 'milestone' untuk kehidupan - Engku Puteri Arwyn Mysara
Bagi Engku Puteri Arwyn Mysara, 19, pertama kali mengundi merupakan satu 'milestone'dalam hidupnya

Undi18: PBB susun strategi dekati pengundi muda sebagai persiapan hadapi PRU15
Parti Pesaka Bumiputera Bersatu akan menyusun strategi dan bekerja keras dalam tempoh beberapa bulan akan datang untuk mendekati para pengundi berusia 18 tahun sebagai persiapan menghadapi PRU15.

KBS berjaya laksanakan 114 usaha persediaan Undi 18
Inisiatif yang melibatkan 60,522 orang peserta itu adalah kerjasama antara KBS dan i-LEAD.

Undi18: Jangan nafikan hak pengundi muda untuk memilih kerajaan - PM
Pelaksanaan Undi 18 tidak boleh dinafikan kerana pengundi yang berumur 18 tahun ke atas juga mempunyai hak untuk memilih kerajaan di masa hadapan.

Pahang lulus pindaan had umur ADUN kepada 18 tahun
DUN Pahang meluluskan pindaan Enakmen Undang-Undang Tubuh Kerajaan Pahang (Bahagian Kedua) (Pindaan) 2021 bagi menurunkan had umur warganegara yang layak menjadi ADUN.

DUN Selangor lulus turun had umur ADUN kepada 18 tahun
DUN Selangor luluskan Enakmen Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor (Pindaan) 2021 bagi menurunkan had umur seseorang warganegara layak menjadi ADUN daripada 21 tahun kepada 18 tahun.

Pelaksanaan Undi18, pendaftaran automatik akan pengaruhi tindakan ahli politik - Nabil Halimi
Penilaian kritikal anak muda akan membuatkan parti politik lebih cermat dalam memilih dan meletakkan calon mereka.

Penamatan darurat di Sarawak petanda PRN semakin hampir - Jeniri
Penamatan Proklamasi Darurat di Sarawak memberi bayangan bahawa Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak bakal diadakan dalam masa terdekat.