Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan memperkukuhkan perlembagaan sedia ada menerusi proses pindaan yang dijangka dilakukan pada bulan hadapan sebelum melaksanakan pemilihan parti itu, kata Setiausaha Agungnya, Datuk Marzuki Yahya.
Beliau, yang juga Timbalan Menteri Luar, berkata pindaan perlembagaan yang akan dilakukan menerusi mesyuarat agungnya itu akan melibatkan perubahan besar beberapa klausa dalam perlembagaan sedia ada.
"Pindaan perlembagaan ini penting untuk parti sebelum kita ingin menetapkan tarikh pemilihan cawangan dan bahagian.
"Jadi kita tidak mahu media terlalu fokus tentang pemilihan Bersatu kerana sebagai parti yang baharu berusia kira-kira dua tahun, masih banyak perlembagaan yang perlu diperbaiki," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Bersatu Melaka dan Pejabat Bersatu Melaka di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka di sini, pada Jumaat.
Beliau berkata demikian ketika mengulas pendapat Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa pemilihan Bersatu yang sepatutnya diadakan tahun ini, tidak akan ditangguhkan.
Pada Khamis, Bernama melaporkan pemilihan Bersatu perlu diadakan lebih awal kerana pentadbiran parti itu ketika ini adalah berasaskan kepada pemimpin yang dilantik.
Turut hadir Ketua Menteri Melaka, yang juga Pengerusi Pakatan Harapan Melaka, Adly Zahari dan Ketua Badan Pimpinan Bersatu Melaka, yang juga Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof.
Marzuki berkata, beliau bersetuju dengan pendapat Tun Mahathir, yang juga Pengerusi Bersatu, bahawa pemilihan parti itu perlu segera dilakukan bagi memilih pimpinan baharu yang lebih agresif, memahami dan memberi komitmen untuk mengembangkan parti berkenaan.
"Saya sebagai Setiausaha Agung Bersatu akan mencari kaedah mempercepatkan pemilihan parti kerana apa yang kita hadapi sekarang ini ialah ramai dalam kalangan pemimpin bahagian yang kita lantik sebelum ini kurang menunjukkan komitmen terutama untuk memperhebatkan keanggotaan dan ada juga bahagian yang menyekat keanggotaan serta mengekang penubuhan cawangan," katanya.
Beliau berkata tindakan itu tidak bagus untuk Bersatu kerana ia membantutkan perkembangan parti berkenaan yang kini mencecah hampir 500,000 anggota dengan jumlah lebih 2,000 cawangan dan 198 bahagian termasuk di Sabah dan Sarawak.
Sementara itu, Mohd Redzuan berkata kewujudan Pejabat Bersatu Melaka menunjukkan perkembangan positif keutuhan parti itu yang semakin diterima rakyat.
Setakat ini, Bersatu Melaka mempunyai 20,000 keanggotaan yang menjadi penggerak utama dalam menyampaikan maklumat tepat berkaitan parti itu kepada rakyat negeri ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 28 2019
Marzuki (tiga, kiri) selepas merasmikan Pejabat Bersatu Melaka pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Bersatu Melaka, 28 Jun, 2019. Turut kelihatan, Adly (dua, kiri). --fotoBERNAMA
BN mahu beri sumbangan dominan pada PRU16 - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) mahu menjadi parti yang dapat memberikan sumbangan besar dan dominan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
AWANI Borneo [15/12/2024] - Kenalan lelaki mangsa direman | Apa impak langkah SAPP? | 11 projek sakit di Sarawak
AWANI Borneo Ahad, 15 Disember 2024 bersama Nickyson Nyambar
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Anwar gesa pemilihan PKR segera dilakukan, junjung prinsip demokrasi
Anwar berkata barisan kepimpinan parti juga harus melibatkan gandingan baharu dan lama.
Tiada lagi penyeri keluarga, pemergian 'Amoi' amat dirasai
Bapa mangsa, Lan Endor, menyifatkan pemergian Nurul Asikin atau lebih dikenali sebagai Amoi sebagai seorang yang sentiasa ceria dan tidak pernah lupa memberitahu ibunya setiap kali ingin ke mana-mana.
11 projek sakit dikenal pasti di Sarawak di bawah RMK-10
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, keseluruhan projek pembinaan yang telah dikenal pasti melibatkan sektor pendidikan, kesihatan dan pembangunan desa.
Projek hospital pengajar UNIMAS dijadual beroperasi 2026
Status pembinaan projek hospital pengajar UNIMAS mengikut jadual ditetapkan dengan status tersebut kini mencecah kepada 52 peratus.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan NAsional (PN).
SAPP main dua kolam - Bung Moktar
Ketua Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin ,menyifatkan tindakan sapp itu seperti sudah dijangka terutama ketika situasi politik sabah yang tidak menentu ketika ini.
Malaysia hasrat jadi tuan rumah lebih banyak acara e-sukan antarabangsa - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menyatakan kesediaan Malaysia untuk menjadi tuan rumah bagi lebih banyak acara sukan elektronik atau e-sukan antarabangsa pada masa akan datang.
Muhyiddin akui bukan Melayu masih ragu-ragu sokong Bersatu
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui masyarakat bukan Melayu masih ragu-ragu untuk menyokong parti itu.
Armada Bersatu umum lantikan baharu pimpinan
Armada Bersatu mengumumkan lantikan baharu kepimpinan sempena Perhimpunan Agung Tahunan Armada Bersatu 2024 di Pusat Konvensyen IDCC.
Azmin Ali dilantik Setiausaha Agung Bersatu berkuat kuasa hari ini - Muhyiddin
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilantik sebagai Setiausaha Agung Bersatu dalam Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu sesi 2024-2027, berkuat kuasa hari ini.
PN nafi pujuk BN bentuk kerajaan baharu
Ronald Kiandee berkata, PN menolak dakwaan bahawa gabungan itu mempunyai kaitan dalam usaha memujuk BN keluar daripada Kerajaan Perpaduan.
Radzi, Ronald Kiandee, Ahmad Faizal menang jawatan Naib Presiden Bersatu
Datuk Dr Radzi Jidin, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee dan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu memenangi jawatan Naib Presiden Bersatu bagi penggal 2024-2027.
Roslan Hassan umum keluar Bersatu serta-merta, lepas jawatan dalam parti
Roslan juga memaklumkan melepaskan jawatan yang disandangnya termasuk sebagai Bendahari Perikatan Nasional Negeri Pahang.
Pemilihan Bersatu: Muhyiddin, Hamzah menang tanpa bertanding
Muhyiddin kekal Presiden Bersatu manakala Hamzah mengisi jawatan Timbalan Presiden, selepas masing-masing menang tanpa bertanding dalam pemilihan parti itu bagi 2024-2027.
'Beri kami masa, Bersatu akan bangkit' - Wan Ahmad Fayhsal
Wan Ahmad Fayhsal berkata beliau optimis bahawa kepimpinan sedia ada akan mampu menangani cabaran tersebut.
Wan Fayhsal panik, cuba salahkan pihak luar - Fahmi
Kenyataan Wan Ahmad Fayhsal yang mendakwa media rasmi PKR, Suara Keadilan, menyunting klip video ucapan Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah reaksi 'panik'.
PRK Nenggiri: Bersatu akui sukar pilih calon bertanding
Mohd Radzi berkata, setiap keputusan dilakukan dengan penuh cemerlang kerana Bersatu tidak mahu sejarah berulang kembali.