awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
Jumlah mangsa banjir Pahang menurun, 79 berada di PPS
Ringgit cecah paras tertinggi dalam lima tahun berbanding dolar AS pada awal dagangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Armada Bersatu umum lantikan baharu pimpinan

Bernama
Bernama
29/11/2024
09:44 MYT
Armada Bersatu umum lantikan baharu pimpinan
etua Armada Bersatu Muhammad Hilman Idham berkata pelantikan ahli jawatankuasa dan pegawai-pegawai Armada itu adalah selaras Perkara 6 Peraturan Armada Bersatu Malaysia.
SHAH ALAM: Armada Bersatu hari ini mengumumkan lantikan baharu kepimpinan sempena Perhimpunan Agung Tahunan Armada Bersatu 2024 di Pusat Konvensyen IDCC di sini.
Ketua Armada Bersatu Muhammad Hilman Idham berkata pelantikan ahli jawatankuasa dan pegawai-pegawai Armada itu adalah selaras Perkara 6 Peraturan Armada Bersatu Malaysia.
"Pelantikan tersebut dimulakan dengan jawatan Penolong Setiausaha yang diberikan kepada Mohd Fahim Mohd Farid dari Wilayah Persekutuan, Penolong Bendahari Nor Zahid Rahim (Sabah) dan Ketua Penerangan Harris Idaham Rashid (Pulau Pinang)," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata lantikan lima Ahli Jawatankuasa Armada diberikan kepada Naim Brundage dari Melaka, Ad Adib Shaharuddin (Wilayah Persekutuan), Raihan Husni (Negeri Sembilan), Muhammad Afiq Hassan (Kelantan) dan Mohammad Shakir Ariff Shaifuddin (Selangor) manakala bagi ex-officio diserahkan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuah dari Kedah Amar Pared Mahamud, ADUN Seberang Perai Izhar Shah Arif Shah (Pulau Pinang) dan ADUN Chenderoh Syed Lukman Hakim Syed Mohd Zin (Perak).
Selain itu, beliau berkata Azizan Abdul Aziz dari Pahang dilantik sebagai Biro Felda; Biro Guaman dan Undang-Undang diberikan kepada Zolazrai Zolkapli (Negeri Sembilan) manakala Biro Sukan dan Pop Culture Muhammad Syamel Md Riduan (Kedah).
Pada 29 Okt lepas, Muhammad Hilman yang juga ADUN Gombak Setia secara rasmi dipilih sebagai Ketua Armada Bersatu bagi penggal 2024-2027.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ARMADA
#Bersatu
#Perhimpunan Agung Tahunan
#Muhammad Hilman Idham
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan