awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bersediakah anda untuk pembayaran secara elektronik di plaza tol?

Astro Publication
Astro Publication
03/09/2015
07:09 MYT
Bersediakah anda untuk pembayaran secara elektronik di plaza tol?
Mungkin ada yang terlepas pandang, tetapi jangan lupa bahawa kebanyakan plaza tol lebuhraya di Semenanjung Malaysia dan khususnya Lembah Klang akan hanya menerima pembayaran secara elektronik (tanpa wang tunai). Langkah ini akan bermula pada September 9 (tengah hari), apabila 12 plaza hanya akan mengutip kutipan melalui kad PLUSMiles, Touch ‘n Go, atau Smart Tag. Plaza-plaza tol yang dimaksudkan adalah seperti di bawah:
Dalam perkembangan berkaitan, beberapa pegawai daripada pengurusan lebuhraya-lebuhraya terlibat yakin bahawa perubahan ini akan berlaku dengan lancar. Sebab utama adalah peningkatan penjualan platform pembayaran elektronik, seperti Touch ‘n Go (TnG) dan Smart Tag. Mengikut Mohd Fuad Kamal Ariffin, ketua pegawai operasi Terowong Smart, “Dengan promosi kami untuk ETC (pengumpulan kadar tol secara elektronik), kami dapat saksikan kadar penggunaan naik daripada 77% pada Januari kepada 81% sekarang.” Antara promosi yang telah dijalankan untuk mempopularkan ETC adalah memberi diskaun bagi pembelian kad TnG (sehingga RM5 bagi membeli setiap kad) selain daripada menawarkan diskaun 20% untuk alat Smart Tag. Bagi pengguna lebuhraya DUKE dengan kenderaan Kelas 1 pula, rebat tol 5% akan diberikan selama tiga bulan bermula 9 September. Selain itu, pembelian kad TnG serta Smart Tag pada harga promosi dapat dibuat di laluan tambah nilai yang dibuka 24 jam sehari. Sehingga kini, KESTURI Sdn. Bhd., iaitu pemegang konsesi DUKE berkata bahawa mereka telah menjual sehingga 32,000 kad TnG dan 4,000 unit alat Smart Tag. Pengendali lebuhraya AKLEH iaitu Prolintas pula telah menjual 7,377 kad TnG dan 4,564 unit Smart Tag. Angka ini dijangka akan meningkat hasil kempen dan promosi yang dijalankan sekarang. Sumber: Bernama (Imej: Azreey CC-BY-SA-3.0; Eijimurakoso CC by 2.0)
Topic Berkaitan
#
# tol
# Touch n Go
#lebuhraya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan