awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agihan fidyah jamin kebajikan rakyat di Kedah - Raja Muda Kedah
Curi kabel rel: Ini amaran, jangan sampai nyawa tergadai - Loke
Polis minta bantuan kesan remaja lelaki hilang di Sungai Buloh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bersih 5: Polis siasat Maria Chin, Ali Tinju - KPN

Bernama
Bernama
19/09/2016
07:59 MYT
Bersih 5: Polis siasat Maria Chin, Ali Tinju - KPN
Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah disiasat polis mengikut Seksyen 124C Kanun Keseksaan. - Foto Fail
Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah disiasat polis mengikut Seksyen 124C Kanun Keseksaan kerana cubaan untuk melakukan aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis juga menjalankan siasatan terhadap Mohd Ali Baharom atau Ali Tinju mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.
"Jangan ingat dia (Maria Chin) lagi besar, melebihi undang-undang. Kena minta permit kebenaran jika hendak buat perhimpunan Bersih 5 pada November nanti," katanya kepada pemberita selepas Perhimpunan Bulanan September 2016 Bukit Aman di sini, hari ini.
Menurutnya siasatan terhadap Ali Tinju dilakukan setelah pesara tentera itu didakwa membuat ugutan mengancam keselamatan Maria Chin beberapa hari lepas.
Media antara lain melaporkan Ali Tinju sebagai berkata bahawa Maria Chin "tidak akan berjalan di atas bumi".
Sebelum itu, Maria Chin memberitahu sidang media bahawa pihaknya merancang mengadakan acara konvoi di seluruh negara menjelang perhimpunan itu.
Topic Berkaitan
#Ali Baharom
#Ali Tinju
#Bersih 5
#Ketua Polis Negara
#Khalid Abu Bakar
#KPN
#Maria Chin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan