Hari ke 93 Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) menyaksikan majoriti individu yang ditahan, berkait dengan aktiviti menyukarkan penjarakan fizikal, kelab malam dan pub, serta aktiviti pelacuran.

Berikut merupakan lima perkara penting daripada kenyataan akhbar Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini.

1. 312 individu telah ditahan atas kesalahan ingkar PKP, 267 dikompaun, 38 direman, dan 7 dijamin.

2. 143 kes melibatkan aktiviti kehadiran orang ramai yang menyukarkan penjarakan fizikal, 73 kes berkaitan aktiviti di kelab malam, dan pub, 31 kes melibatkan aktiviti pelacuran.

3. Op Benteng menyaksikan 86 orang PATI, seorang penyeludup, dan seorang tekong ditahan.

4. Sehingga 10 September, 2020, 26,999 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa, dan ditempatkan di 70 hotel dan lapan premis lain.

5. Dalam pemeriksaan KPDNHEP, 1,607 premis mematuhi SOP yang ditetapkan manakala 15 premis diberi nasihat kerana tidak patuh SOP.