KUALA LUMPUR: Pondok sempit, berdindingkan papan lapis tanpa bumbung di bawah jejantas.
Itu kehidupan serba daif yang pernah diharungi pesara tentera "Prebet Suria" bersama isteri dan lima anaknya ketika tinggal selama dua tahun di bawah jejantas di Jalan Loke Yew di ibu kota.
Namun, kisah menyayat hati yang tular sejak beberapa hari lalu kini tinggal memori buat Suria.
Sebelum ini, air matanya sering berlinang mengenang nasib yang menimpa keluarga yang tiada tempat tinggal yang sempurna, apatah lagi makanan yang enak.
Manakala, anak-anak pula, tidak dapat menjalani kehidupan seperti kanak-kanak biasa.
Menurut Suria Mohamad Hassan, 59, beliau dahulunya terpaksa meminjam wang demi menampung kelangsungan hidup keluarganya.
“Saya dah pinjam RM5,000 untuk berniaga, bukan untuk seronok-seronok.
"Malangnya sampai hari raya lalu, saya ditimpa malang apabila gerai diceroboh orang.
"Habis barang saya dicuri dianggarkan RM3,000 lebih," katanya kepada Astro AWANI.
Namun kini, kehidupan Suria berubah apabila kepayahan dialaminya serta keluarga mendapat perhatian banyak pihak.
Beliau turut menerima rumah sumbangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), bantuan kewangan bulanan RM300 daripada Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV).
“Saya bersyukur dengan bantuan yang dihulurkan oleh YB Tan Sri, Datuk dan kawan-kawan.
"Saya ucapkan ribuan terima kasih kerana yang terbaik itu datangnya dari Allah. Mudah-mudahan anda dicucuri rahmat sekeluarga,” tambahnya.
Kisahnya ini turut menarik perhatian Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Menurut Ismail Sabri, pihaknya sudah berbincang dengan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa bagi menyegerakan perpindahan rumah buat keluarga tujuh beranak itu yang kini ditempatkan sementara di rumah transit, di Flat Sri Johor, Cheras.
Katanya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menyediakan unit flat untuk didiami secara terus dan kekal serta dengan cara sewa beli.
Keluarga itu dijangka berpindah sebelum akhir minggu ini.
Eton Khir
Wed Jun 23 2021

Kisah Prebet Suria turut menarik perhatian Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. -Foto BERNAMA

Tenis: Wimbledon akan tarik balik larangan kepada pemain Rusia dan Belarus
Tetapi, pemain yang mendapat pembiayaan daripada Rusia atau Belarus tidak dibenarkan menyertai kejohanan berkenaan.

Noraini Idris dilantik Ketua Wanita UMNO Sabah
Noraini berkata, pelantikannya sebagai Ketua Wanita UMNO Sabah datang sebagai satu amanah dan tanggungjawab besar untuk dilaksanakan.

Nur Shahida mengaku sudah berkali nasihat suaminya Aliff Syukri
"Sebagai orang yang dekat, saya dah nasihat dan dia bukan budak-budak yang saya kena pantau."

UiTM Machang guna iMistroom 2000 bantu mahasiswa hasil cendawan tiram putih
Kaedah iMistroom dan IoT ini dapat membantu mahasiswa dan komuniti setempat menjana pendapatan bagi meningkatkan taraf hidup.

Liga Super: Kepulangan pemain kebangsaan legakan Gergasi Merah - Cheng Hoe
Kemenangan itu mampu menjadi tonik terbaik buat pasukan untuk tampil lebih progresif dalam saingan liga musim ini.

Ringgit dijangka diniaga secara agresif pada jajaran 4.39-4.41 minggu depan
Ringgit menokok agak tinggi berbanding dolar US berikutan petunjuk Fed yang kurang memberangsangkan telah melemahkan nilai dolar US.

Olahraga: UK Athletics larang atlet transgender bersaing dalam kategori wanita
Keputusan itu mendapat sokongan bekas Olimpian negara itu walaupun ia juga mendapat tentangan daripada beberapa kumpulan.

Melaka bentuk Kerajaan Perpaduan, libat Adun PH
Beliau memberi bayangan, pelantikan barisan Exco akan turut melibatkan ADUN blok Pakatan Harapan.

Bot karam: 11 rakyat Malaysia hanyut ke Filipina
Pihaknya menerima maklumat pada Jumaat, Kapal Dagang Tomini Dynasty menjumpai 11 warga Malaysia di Perairan Sibutu, Filipina.

Ekonomi Malaysia tumbuh sederhana pada 4.3 peratus tahun ini
Ekonomi Malaysia diunjurkan berkembang pada kadar yang lebih sederhana sebanyak 4.3 peratus pada 2023 disokong oleh permintaan dalam negeri di tengah-tengah jangkaan kelembapan dalam permintaan luar.

Ismail Sabri jalani pembedahan mata
Prosedur pembedahan berlangsung selama dua jam dan selesai kira-kira jam 12 tengah hari tadi.

Pilih pemimpin kembali julang maruah UMNO - Ismail Sabri
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengingatkan seluruh ahli UMNO supaya membuat pilihan tepat ketika sesi pemilihan Naib Presiden dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu pada Sabtu.

Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi tidak diteruskan - Fuziah
Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi yang ditubuhkan tahun lepas di bawah pentadbiran bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak diteruskan lagi, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Kerajaan digesa semak semula pelaksanaan cukai barangan mewah - Ismail Sabri
Ini kerana, katanya, pelaksanaan cukai itu berpotensi menjadikan Malaysia destinasi bukan pilihan oleh pelancong asing yang ingin berbelanja dan membeli belah.

Pengeluaran KWSP: 'Rakyat nak sekarang, bukan 15 tahun lagi' - Ismail Sabri
Ramai dalam kalangan rakyat didakwa hampir muflis dan terdesak untuk meneruskan kehidupan termasuk mangsa banjir.

Bicara kes saman Ismail Sabri terhadap Lokman Adam bermula 29 Jan 2024
Mahkamah Tinggi menetapkan tiga hari bermula 29 Jan tahun depan untuk perbicaraan kes saman bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob terhadap bekas Ahli MT UMNO Datuk Lokman Noor Adam.

Pemilihan UMNO: Wan Rosdy, Ismail Sabri antara enam ketua bahagian menang tanpa bertanding
Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob antara enam ketua bahagian di Pahang yang menang tanpa bertanding pada pemilihan parti.

RoS ada kuasa tangguh Pemilihan UMNO - Ismail Sabri
RoS sepatutnya menangguhkan proses pemilihan UMNO sehingga satu keputusan dicapai bagi permohonan usul tambahan yang diluluskan pada PAU 2022 berkenaan pemilihan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden

Tidak bersara, Ismail Sabri akan terus aktif politik walaupun bukan lagi Naib Presiden
Ismail Sabri berkata beliau juga akan kekal menjalankan tanggungjawab sebagai Ketua UMNO Bahagian Bera selepas menang tanpa bertanding.

Tidak pertahan jawatan, Ismail Sabri sudah sampai kemuncak karier - Ahmad Maslan
Ahmad mendakwa Ismail Sabri dan beberapa individu lain kini 'bersama' bekas Perdana Menteri.