awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Besan Ahmad Zahid turut main peranan pembebasan nelayan Sekinchan

Bernama
Bernama
17/06/2016
14:46 MYT
Besan Ahmad Zahid turut main peranan pembebasan nelayan Sekinchan
Dua nelayan yang ditahan pihak berkuasa Indonesia, Heng Chee Yong (baju ungu) dan Chua Lee Teck (baju krim) tiba di jeti Pulau Redang, Sekinchan pada 16 Jun 2016. - Foto Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata besannya Datuk Seri Chairul Anhar turut memainkan peranan penting dalam usaha membebaskan dua nelayan Sekinchan yang ditahan di Indonesia, semalam.
Katanya beliau telah meminta besannya itu untuk bertemu dengan presiden, naib presiden, menteri yang berkaitan dan ketua hakim Indonesia bagi memastikan pembebasan Chua Lee Teck dan Heng Chee Yong.
"Saya ingin beritahu bahawa Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak), Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim, Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar Datuk Jamal Yunus dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor Tan Sri Noh Omar adalah empat orang yang utama yang melaksanakan tugas untuk membebaskan Chua dan Heng.
"Tetapi ada seorang lagi yang hari ini saya terpaksa sebut, jadi saya dengan besar hati menyatakan bahawa besan saya Bapak Chairul Anhar telah membantu kita juga," katanya semasa berucap pada majlis penyerahan surat kelulusan pengambilan pekerja asing bagi nelayan bot kelas B di Sekinchan, di sini hari ini.
Chairul seorang ahli perniagaan dari Indonesia merupakan Presiden Indonesian Diaspora Network Chapter Malaysia. Anak perempuannya berkahwin dengan anak lelaki Ahmad Zahid pada September tahun lalu.
Semalam, Chua, 45 dan Heng, 29 yang ditahan pihak berkuasa Indonesia kerana dipercayai menceroboh perairan negara itu, selamat pulang ke pangkuan keluarga di sini.
BACA: Dua nelayan Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Indonesia selamat pulang
Kedua-dua mereka yang berasal dari Bagan Sekinchan di sini ditahan di Tanjung Pinang, Indonesia pada 4 Mac lalu sebelum dibebaskan selepas Presiden Indonesia Joko Widodo menandatangani surat pengampunan mereka.
Ahmad Zahid berkata, pembebasan dua nelayan tersebut merupakan janjinya kepada pengundi di Sekinchan yang telah ditepatinya.
Selain itu, katanya kerajaan juga telah bersetuju memberikan surat kelulusan pengambilan pekerja asing bagi bot nelayan kelas B di sini yang juga salah satu komitmen untuk membantu nelayan di sini.
"Jadi esok 18 Jun (hari pengundian pilihan raya kecil Parlimen Sungai Besar) tutup telinga, buka mata, jangan dengar apa lagi pilihlah parti BN," katanya.
Pada majlis itu, sebanyak 28 orang nelayan menerima surat kelulusan pengambilan pekerja asing tersebut bagi membantu tugas-tugas di atas bot mereka.
Pada majlis sama, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri turut menyampaikan surat pengesahan kewarganegaraan kepada empat individu.
Topic Berkaitan
#Ahmad Zahid Hamidi
#Chairul Anhar
#dua nelayan
#Sekinchan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan