awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Betulkan persepsi, itu dron bukan kereta terbang - Tun Mahathir

Abdul Hadi Che Awang
Abdul Hadi Che Awang
08/12/2019
08:03 MYT
Betulkan persepsi, itu dron bukan kereta terbang - Tun Mahathir
Perdana Menteri minta rakyat perbetul persepsi tentang kereta terbang. - BERNAMA
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berharap agar rakyat dapat membetulkan persepsi mereka berhubung istilah yang digunakan terhadap pembangunan projek dron yang dijalankan di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan yang sering disebut sebagai kereta terbang.
Tambahnya, pihak kerajaan turut tidak memaksa mana mana pihak untuk menerima idea pembangunan terbabit dan sentiasa terbuka terhadap mana-mana cadangan atau kritikan yang disuarakan.
"Ramai yang silap sebab panggil sebagai projek kereta terbang. Sebenarnya ia dron besar, yang boleh bawa penumpang.
“Rakyat tak nak, tak payahlah, kenapa nak paksa. Ini satu idea, kalau orang suka terima, tak suka tak payah terima," katanya ketika ditemui media selepas majlis ramah mesra bersama Ketua Jabatan dan pimpinan Pakatan Harapan parlimen Langkawi di Dewan Tan Sri Azizan Razak, Kuah, pada Ahad.
BACA: Kereta terbang atau dron? Mana satu yang betul
BACA: Kami malu nak pertahankan kereta terbang - Perwakilan Amanah
Semalam, perwakilan Amanah Pahang, Mohd Fadzli Mohd Ramly ketika membahaskan ucapan dasar Presiden di Konvensyen Nasional Amanah 2019 menyifatkan projek 'kereta terbang' dianggap sebagai satu projek paling tidak guna dan memalukan.
Jelasnya, pimpinan peringkat ketika ini sangat malu dalam mempertahankan isu terbabit dalam menjawab persoalan dan kritikan dari orang ramai.
Topic Berkaitan
#dron
#Kementerian Pembangunan Usahawan
#kereta terbang
#Kongres PKR
#Langkawi
#Mahathir Mohamad
#Perdana Menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan