awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Biar kerajaan, rakyat tentukan MPN gagal atau sebaliknya - Muhyiddin

Bernama
Bernama
02/07/2022
11:09 MYT
Biar kerajaan, rakyat tentukan MPN gagal atau sebaliknya - Muhyiddin
Tan Sri Muhyiddin Yassin menepis dakwaan yang dilontarkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini terhadap majlis itu dan beliau menganggap kenyataan tersebut bersifat muslihat politik semata-mata. - Gambar BERNAMA
TANAH MERAH: Majlis Pemulihan Negara (MPN) tidak mempunyai kuasa eksekutif sebagaimana kementerian atau agensi, sebaliknya, hanya memberi perkhidmatan nasihat kepada kerajaan berkaitan pelaksanaan langkah-langkah yang perlu diambil dalam Pelan Pemulihan Negara.
Pengerusi MPN, Tan Sri Muhyiddin Yassin menepis dakwaan yang dilontarkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini terhadap majlis itu dan beliau menganggap kenyataan tersebut bersifat muslihat politik semata-mata.
"Gagal atau tidak MPN bergantung kepada keputusan kerajaan dan rakyat untuk menilai sejauh mana majlis itu bertindak dalam membantu kerajaan serta Jemaah Menteri membuat keputusan berkaitan pemulihan ekonomi dan sosial negara.
"Kami badan yang memberi nasihat, jadi nak kata gagal atau tak gagal itu terserah, kalau kerajaan fikir cadangan kita baik, dia akan teruskan. Tapi saya faham proses pemulihan ini tidak mudah.
"Kalau ada perkara baharu yang tidak disenaraikan dan penting untuk dilakukan, kita akan maklumkan kepada kerajaan. Oleh itu, saya serahkan kepada rakyat untuk menilai (MPN), kadang-kadang apabila orang politik buat kenyataan, ada muslihat politik," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Perikatan Nasional (PN) peringkat Negeri Kelantan di Padang Majlis Daerah Tanah Merah hari ini, yang dihadiri Pengerusi PN Kelantan, Datuk Ahmad Yakob yang juga Menteri Besar Kelantan.
Sebelum ini, media melaporkan Ahmad Zahid baru-baru ini mendakwa penubuhan MPN sejak awal tidak membuahkan hasil dan hanya berfungsi sebagai penasihat kerajaan serta menyarankan agar ia dibubarkan. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Majlis Pemulihan Negara
#Pelan Pemulihan Negara
#Muhyiddin Yassin
#Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan