Mahkamah Sesyen hari ini menetapkan dua hari bermula 16 Okt untuk perbicaraan kes Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua yang didakwa kerana menghasut berhubung isu pencerobohan Lahad Datu, Sabah.
Hakim Norsharidah Awang menetapkan tarikh itu di dalam kamarnya, dihadiri Timbalan Pendakwa Raya Mohd Farizul Hassan Bakri dan peguam Latheefa Koya, yang mewakili Tian Chua.
Latheefa ketika ditemui pemberita, berkata mahkamah menetapkan 16 dan 17 Okt untuk perbicaraan, sementara menunggu keputusan berhubung permohonan Tian Chua bagi membatalkan pertuduhan yang dihadapinya di Mahkamah Tinggi di sini pada 26 Sept.
Pada 14 Mac lepas, Tian Chua atau nama sebenarnya Chua Tian Chang, 50, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan menyebut perkataan menghasut, termasuk menyatakan bahawa serangan tembak-menembak di Lahad Datu dipercayai konspirasi terancang kerajaan Umno untuk mengalih perhatian dan menakut-nakutkan rakyat.
Tian Chua yang juga anggota Parlimen Batu, didakwa melakukan kesalahan itu di No. 62-2-A Fraser Business Park, Jalan Metro Pudu off Jalan Yew, di sini pada 11 pagi, 1 Mac lepas.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum menurut Seksyen 4(1) akta sama yang boleh didenda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan kali pertama dan boleh dipenjara maksimum lima tahun bagi kesalahan seterusnya.
Bernama
Wed Sep 04 2013
TAGS laksana 25 pendengaran kes seluruh negara sejak Mac
Nancy turut menasihatkan mangsa keganasan dan gangguan seksual sama ada wanita mahupun lelaki agar tidak takut dan tampil untuk memfailkan aduan kepada TAGS.
'Control macho' punca mangsa lelaki enggan buat laporan polis
Datuk Seri Nancy Shukri berkata, berdasarkan rekod kementeriannya, lebih 1,000 aduan diterima daripada mangsa lelaki, namun rekod polis menunjukkan hanya kira-kira 100 daripadanya aduan dibuat mangsa.
Rizab tenaga Sarawak 53 peratus, Sabah 6.1 peratus
Kerajaan komited untuk memastikan bekalan tenaga negara mencukupi, berpandukan tiga prinsip utama iaitu keterjaminan bekalan tenaga, kelestarian dan kemampanan bekalan
Bantuan disalur menerusi Sarawak Pay, bukan tunai
Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) akan disalurkan melalui akaun Sarawak Pay sebagai langkah membantu golongan sasaran mendapatkan keperluan asas dengan lebih berkesan.
Projek LSS untuk jana 199MW dianugerahkan kepada 15 pembida
Majlis Tenaga Sabah (MTS) pada Khamis meluluskan penganugerahan projek solar berskala besar (LSS) kepada 15 pembida dengan jumlah kapasiti 199 megawatt di bawah proses pembidaan LSS Sabah 2024 dikendalikan suruhanjaya Tenaga Sabah
Pengagihan gas PETRONAS- Petros selesai - PM
Perbincangan mengenai pengagihan gas di Sarawak antara Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) dan Petroleum Sarawak Bhd (Petros) telah selesai, dan pada masa ini kerajaan sedang memperhalusi butiran, parameter dan implikasi daripada langkah berkenaan.
Dua sahabat lemas dihanyut arus deras ketika mandi
Mayat dua sahabat yang dihanyut arus deras ketika mandi selepas memancing di Pantai Lutong pada Khamis ditemui beberapa jam selepas mereka dilaporkan hilang.
Kadar subsidi FLYsiswa naik kepada RM400 bermula Januari 2025 - PM Anwar
Kerajaan bersetuju menaikkan RM100 kadar bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan menerusi FLYsiswa kepada RM400 seorang bermula 1 Januari 2025.
Dewan Rakyat lulus pindaan Akta Industri Perkhidmatan Air
RUU Industri Perkhidmatan Air (Pindaan) 2024 diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas sesi penggulungan perbahasan peringkat dasar serta jawatankuasa.
Dua rakan didakwa lakukan rompakan berkumpulan guna parang
K. Sreedharan Naidu, 33, dan J. Moohilan Naidu, 33, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Hakim Nor Azah Kasran.
Hasut, fitnah, hina pemimpin negara tidak boleh diterima
Manivanan berkata tindakan sedemikian tidak boleh diterima kerana ia turut mencemarkan suasana harmoni dan demokrasi yang diperjuangkan selama ini.
Sultan Selangor amat dukacita tindakan orang Melayu hasut rakyat benci Raja
Titah baginda, paling mendukacitakan adalah apabila hasutan supaya membenci Raja-raja Melayu itu dilakukan oleh segelintir orang Melayu sendiri.
Pemimpin DAP jangan bermain api perkauman - Azwan Bro
Khairul Azwan mendakwa pemuda UMNO memahami apa yang ditulis dan diucap di atas pentas-pentas DAP dalam bahasa Cina.
Pengundi luar Kelantan penting, Mustapa nafi hasut mereka tidak pulang mengundi
UMNO atau Barisan Nasional tidak mempunyai apa-apa kesepakatan dengan Pakatan di Kelantan, bahkan tidak menghalang pengundi luar Kelantan untuk balik mengundi pada PRU14.
Sembilan individu ditahan di Tuaran edar risalah menghasut
Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Sabah menahan sembilan individu di Tuaran kerana dipercayai mengedar risalah menghasut orang ramai mengeluarkan Sabah dari Malaysia.
PM wajar jelaskan tindakan guna Akta Hasutan, kata Gan Ping Sieu
Datuk Seri Najib Tun Razak diminta memberi penjelasan berhubung pendakwaan menggunakan Akta Hasutan 1948, kata Gan Ping Sieu.
Safwan Anang didapati salah menghasut
Muhammad Safwan Anang @ Talib, 24 tahun didapati bersalah atas tuduhan menghasut dalam satu ucapan pada 13 Mei tahun lepas.
Bicara kes hasut Tian Chua ditetapkan pada 16 Oktober
Mahkamah Sesyen menetapkan 16 Okt untuk perbicaraan kes Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua yang didakwa kerana menghasut berhubung isu pencerobohan Lahad Datu, Sabah.