awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketika 'sorakan semakin pudar' MMM Hall of Fame 2025 angkat legasi wira sukan negara
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bicara saman fitnah PM Anwar terhadap Awang Solahuddin dijadual semula ke Oktober 2026

Bernama
Bernama
03/01/2025
04:35 MYT
Bicara saman fitnah PM Anwar terhadap Awang Solahuddin dijadual semula ke Oktober 2026
SN NAIR: Mahkamah menetapkan tarikh perbicaraan baharu pada 26 hingga 29 Okt 2026 dan plaintif (Anwar) akan menjadi saksi tunggal dalam perbicaraan kes saman ini. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes saman fitnah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Ahli Parlimen Pendang Datuk Awang Solahuddin Hashim yang sepatutnya bermula 20 Jan ini dijadualkan semula ke Oktober 2026.
Peguam Datuk SN Nair yang mewakili Anwar berkata pihaknya memohon tarikh perbicaraan yang telah ditetapkan pada 20 dan 23 Jan serta 12 dan 13 Feb tahun ini dilapangkan berikutan anak guamnya mempunyai urusan rasmi di luar negara.
"Mahkamah menetapkan tarikh perbicaraan baharu pada 26 hingga 29 Okt 2026. Plaintif (Anwar) akan menjadi saksi tunggal dalam perbicaraan kes saman ini," katanya kepada pemberita selepas pengurusan kes dalam kamar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh.
Sementara itu, peguam Mohd Faizi Che Abu yang mewakili Awang Solahuddin mengesahkan tarikh baharu perbicaraan itu dan memaklumkan pihak defendan akan mengemukakan tiga saksi.
Pada 3 Mac 2023, Anwar memfailkan saman fitnah terhadap Awang Solahuddin atas kenyataan yang didakwanya sebagai fitnah yang dibuat oleh defendan di lobi Parlimen semasa menghadiri persidangan Dewan Rakyat pada 21 Feb 2023.
Menurut Anwar, kenyataan itu yang dirakam dalam format audio dan video telah didedahkan kepada orang ramai.
Beliau berkata kenyataan itu antaranya membawa maksud beliau yang mempunyai sifat pendendam serta membalas dendam telah menyalah guna kuasa sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dengan mencampuri, mengganggu serta sewenang-wenangnya memberi arahan kepada agensi penguatkuasaan undang-undang dan pendakwaan di Malaysia untuk mencapai agenda politik peribadi.
Anwar mendakwa Awang Solahuddin sengaja dan berniat jahat mengucap serta menerbitkan kenyataan fitnah itu untuk menghasut orang ramai serta menimbulkan kebencian peribadi terhadap plaintif yang kini ketua Kerajaan Perpaduan yang sah dan komited untuk membasmi segala bentuk rasuah.
Beliau berkata kenyataan fitnah itu memusnahkan reputasinya sebagai pemimpin yang dihormati di Malaysia serta di peringkat antarabangsa.
Oleh itu, Anwar menuntut antaranya ganti rugi am, teruk, teladan, ganti rugi pampasan selain perintah injunksi untuk menghalang defendan, ejen atau wakilnya daripada terus menerbitkan atau mengedarkan kenyataan yang didakwanya sebagai fitnah itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#SN Nair
#saman fitnah
#Awang Solahuddin Hashim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan