awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sindiket 'Geng Sojul' dibongkar, seludup warga asing menerusi Kelantan
Interpol keluar notis merah buru taikun minyak Indonesia Riza Chalid
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa aduan kehilangan barang pelajar tidak diambil serius
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bidaan nombor pendaftaran 'SIS' dibuka esok

Bernama
Bernama
14/08/2025
04:00 MYT
Bidaan nombor pendaftaran 'SIS' dibuka esok
Nombor pendaftaran istimewa itu ditawarkan Kementerian Pengangkutan melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) secara bidaan dalam talian Sistem JPJeBid. - Gambar/ JPJ
SHAH ALAM: Orang awam yang berhasrat memiliki nombor pendaftaran istimewa (NPI) dengan tanda indeks 'SIS' yang bermaksud 'Sultan Idris Shah' boleh membuat bidaan bermula esok.

Ringkasan AI
  • Orang awam boleh membida nombor pendaftaran istimewa SIS melalui sistem JPJeBid bermula 15 hingga 19 Ogos sempena ulang tahun ke-80 Sultan Selangor dan Jubli Perak pemerintahan baginda.
  • JPJ menguruskan sepenuhnya proses bidaan tanpa penglibatan pihak ketiga, dengan harga minima dan syarat ditetapkan dalam sistem JPJeBid.
  • Sebahagian hasil jualan akan disalurkan kepada yayasan di bawah naungan Sultan Selangor untuk tujuan kebajikan, biasiswa dan dana kecemasan, dipengerusikan oleh Tan Sri Muhammad Ibrahim.

Menurut hantaran di Facebook Selangor Royal Office, bidaan NPI SIS dibuka sempena sambutan Hari Ulang Tahun Keputeraan Ke-80 Sultan Selangor Sultan Idris Shah pada Disember ini dan sambutan Jubli Perak sempena 25 tahun pemerintahan baginda tahun hadapan.
Nombor pendaftaran istimewa itu ditawarkan Kementerian Pengangkutan melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) secara bidaan dalam talian Sistem JPJeBid.
"Bidaan kepada orang awam berdasarkan ketetapan berikut, iaitu tarikh buka bermula 15 Ogos (Jumaat), manakala tutup pada 10 malam, 19 Ogos (Selasa).
"Tarikh bagi keputusan bidaan pula pada 20 Ogos depan (Rabu)," menurut hantaran itu.
Kaedah penawaran secara bidaan itu tertakluk kepada terma dan syarat sedia ada yang ditetapkan melalui Sistem JPJeBid, manakala harga bidaan mengikut harga minima ditetapkan JPJ.
JPJ satu-satunya entiti yang akan menguruskan penjualan NPI itu dan tiada pihak ketiga terlibat dalam proses berkaitan.
Sebahagian hasil jualan bakal disalurkan kepada sebuah yayasan di bawah naungan Sultan Selangor untuk kegunaan aktiviti kebajikan termasuk biasiswa serta dana kecemasan bagi membantu mereka yang memerlukan.
Menurut hantaran itu, yayasan berkenaan kelak bakal dipengerusikan oleh Ahli Dewan Diraja Selangor yang juga bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Muhammad Ibrahim dan akan diuruskan tertakluk kepada prosedur serta tadbir urus yang telus.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#nombor pendaftaran istimewa
#SIS
#Sultan Selangor
#tarikh bidaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan