awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
LDP Jepun dijangka menang besar, Takaichi kekal PM
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahmad Zahid lancar buku Ijtihad Demi Rakyat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bilal masjid melecur disimbah minyak sebelum dibakar

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
19/02/2020
06:06 MYT
Bilal masjid melecur disimbah minyak sebelum dibakar
Ketika kejadian, Nordin Ahmad, 58, melihat mangsa meronta-ronta menjerit kesakitan ketika badannya sedang terbakar. - Foto Astro AWANI
Seorang bilal mengalami lecur di bahagian badan dan muka, selepas seorang lelaki bertindak menyimbah minyak dan membakar dirinya dalam kejadian di Taman Rakyat Mergong, di sini awal pagi tadi.
Kejadian berlaku ketika jemaah datang ke masjid itu untuk menunaikan solat Subuh sekitar jam 5.45 pagi tadi.
Ketika kejadian mangsa, Amri Budin, 60, sedang dalam perjalanan untuk memasuki perkarangan Hasanah sebelum secara tiba-tiba datang seorang lelaki tidak dikenali menunggang motosikal lalu menyimbah minyak tanah dan terus menyalakan api.
Ketika kejadian, Nordin Ahmad, 58, melihat mangsa meronta-ronta menjerit kesakitan ketika badannya sedang terbakar.
Ketika itu Nordin bersama beberapa jemaah masjid cuba membantu memadam api yang marak membakar tubuh Bilal Masjid Hasanah, Taman Rakyat Mergong itu.
"Pagi tadi saya tengok Pak Long Amri sampai masjid, dia tidak masuk lagi saya tunggu. Tunggu lama-lama saya tengok ada satu orang tengah melilau (merayau) lepas tu saya cakap dengan kawan saya lan, saya tengok mungkin ada orang hendak curi apa-apa ini dia.
"Tiba-tiba sampai dekat tembok batu, api marak api marak naik lepas tu tengok-tengok motor Pak Long (bilal) terbalik dan Pak Long kena bakar. Saya tanya siapa yang bakar? Dia pun tidak kenai siapa yang bakar," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Seorang lasgi jemaah masjid Ramlan Othman, 58, berkata tidak lama kemudian dia ternampak ada api sedang marak di hadapan masjid itu sebelum terdengar mangsa menjerit sakit.
Katanya, dia dan beberapa jemaah masjid itu cuba memadam api dengan memukul dengan kain sebelum api terpadam sendiri.
Susulan kejadian dia bersama jemaah masjid lain menghubungi polis untuk memaklumkan kejadian sebelum anak mangsa tiba dan menghantar mangsa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk mendapatkan rawatan.
Menurut Nordin, mangsa tidak mempunyai musuh sebelum ini atau sesiapa yang tidak berpuas hati dengannya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian.
Beliau berkata, mangsa melecur 25 peratus dan kini ditempatkan di Unit Kebakaran HSB.
Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.
Kini polis sedang mengenalpasti indenti suspek dan usaha memburu suspek sedang dijalankan.
Topic Berkaitan
#Alor Setar
#API
#bilal
#Hospital
#kebakaran
#mangsa
#minyak
#polis
#simbah minyak
#suspek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan