KUANTAN: Sebanyak 3,760 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) direkodkan di Pahang bermula Januari sehingga semalam, meningkat 16 kali ganda berbanding hanya 233 kes pada tempoh sama.
Pengarah Kesihatan Pahang Datuk Dr Nor Azimi Yunus berkata daripada 3,760 kes itu, sebanyak 175 kes atau 4.7 peratus adalah penularan di prasekolah manakala selebihnya 3,585 kes (95.3 peratus) berlaku secara sporadik.
"Hanya 98 kes iaitu 2.6 peratus dimasukkan ke hospital bagi pemantauan lanjut namun tidak membabitkan kemasukan ke unit rawatan rapi (ICU)," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pemeriksaan dan pendidikan kesihatan berkaitan HFMD di taska dan tadika sekitar daerah Kuantan di sini, hari ini.
Dr Nor Azimi berkata sehingga semalam pihaknya telah melawat 505 premis taska dan tadika di seluruh Pahang dengan 35 daripadanya ditutup di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan terdapat dua pusat jagaan harian membuat penutupan secara sukarela.
Katanya semasa pemeriksaan, petugas kesihatan turut mengajar pengusaha pusat jagaan supaya membuat saringan di pintu masuk bagi memastikan kanak-kanak yang hadir tidak mempunyai gejala HFMD seperti demam, ruam melepuh (blister) pada tangan, kaki, mulut dan lidah serta kurang selera makan.
Di PERAK, 194 kes HFMD dilaporkan sepanjang minggu epidemiologi 22 setakat Isnin lepas, meningkat 32 kali ganda berbanding tempoh sama tahun lepas yang hanya merekodkan enam kes.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Sains dan Teknologi Hijau Mohd Akmal Kamarudin berkata empat taman asuhan kanak-kanak turut ditutup selepas kes jangkitan berulang berikutan terdapat ibu bapa menghantar anak walaupun bergejala.
"Selain itu terdapat pengendali pusat asuhan yang tidak menjalankan saringan atau tiada bilik khas isolasi sekiranya anak jagaan bergejala," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 08 2022

Sebanyak 3,760 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) direkodkan di Pahang bermula Januari sehingga semalam, meningkat 16 kali ganda berbanding hanya 233 kes pada tempoh sama. - Gambar hiasan

Gempa bumi sederhana melanda Selatan Sumba, Indonesia
Gempa itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.

Sukan Perpaduan Islam: Irfan Shamsuddin dibatasi kecederaan
Dia melakar catatan 59.37m menerusi balingan pertamanya dan hanya menyempurnakan dua lontaran daripada baki aksi.

Karachi, bandar paling tidak sesuai didiami di dunia
Ia diburukkan lagi dengan isu kebersihan apabila sampah dan sisa makanan dibuang di tepi jalan, mengundang ketidakselesaan.

3,942 kes baharu COVID-19, empat kematian
Pengurangan itu menjadikan jumlah keseluruhan kes kepada 4.69 juta sejak pandemik melanda negara.

Penganalisis semak semula unjuran KDNK 2022 hingga 6.6%, jangka OPR dinaikkan September ini
Pertumbuhan pada suku berkenaan adalah lebih kukuh berbanding suku pertama yang berkembang 5%.
![AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [13 Ogos 2022] AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [13 Ogos 2022]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1982406/thumbnails/28747944061660351721926_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [13 Ogos 2022]
Ketahui berita yang perlu anda tahu hari ini bersama Afiezy Azaman dan Geegee Ahmad dalam #AWANIpagi Antara fokus AWANI Pagi hari ini merangkumi: Malaysia laksana polisi pengurusan kenderaan akhir hayat menjelang 2025 Kuasa beli menurun, corak perbelanjaan kini berubah - Kajian #AWANInews #MalaysiaSihat

Hong Leong Bank diiktiraf bank PKS terbaik untuk kali ke-4 di Anugerah Perkhidmatan Kewangan Runcit 2022
HLB juga dinobatkan sebagai 'Bank PKS Terbaik di Malaysia' oleh Asian Banking and Finance baru-baru ini.

AWANI Pagi: AWANI Pagi: KLFW I Dimana KLFW membawa jenama lokal selepas 10 tahun
Acara fesyen, Kuala Lumpu Fashion Week (KLFW) telah sedekad meraikan bakat-bakat atau karya pereka fesyen tempatan. Namun apa pula yang akan dibawakan selepas 10 tahun ini? Bagaimana ia membawa jenama Malaysia ke peringkat antarabangsa? Diskusinya dalam #AWANIPagi #AWANInews #MalaysiaSihat

Saraf Salman Rushdie putus akibat ditikam, mungkin buta sebelah mata
Salman cedera selepas ditikam di atas pentas pada acara sastera di Institut Chautauqua, New York pada Jumaat.

Aramex Malaysia beli 10 motosikal baharu, lancar program Ride-2-Own
Pembelian motosikal itu juga sekali gus mengembangkan lagi perkhidmatan syarikat itu kepada komuniti di Malaysia.

Kes HFMD dan wabak jangkitan salur pernafasan di Johor meningkat
Kes kumulatif bagi penyakit tangan, kaki dan Mulut (HFMD), serta wabak jangkitan saluran pernafasan di negeri Johor meningkat.

HFMD: Johor catat 8,376 kes setakat semalam
Sebanyak 8,376 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dilaporkan di Johor sejak 1 Jan lepas hingga semalam, peningkatan sebanyak 79 kali ganda berbanding 106 kes bagi tempoh sama tahun lepas.

Kes ILI, URTI, dan HFMD meningkat di Johor - Exco Kesihatan
Sebanyak 952 kes jangkitan saluran pernafasan dilaporkan sehingga minggu epid pada 25/2022, iaitu peningkatan sebanyak 70.9 peratus.

Johor rekod 6,987 kes HFMD tahun ini sehingga semalam
Kebanyakan kes HFMD berlaku dalam kalangan kanak-kanak berumur 0 hingga enam tahun iaitu sebanyak 6,048 kes (86.6 peratus).

HFMD: Kes menurun tapi kekalkan langkah pencegahan - Dr Noor Hisham
Angka itu menunjukkan penurunan sebanyak 22.9 peratus berbanding ME ke-22, 2022 iaitu 16,954 kes.

Kes HFMD Johor menurun pada minggu sekolah
Bilangan kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di negeri ini menunjukkan penurunan bagi Minggu Epidemiologi (ME) 23 (Epid 23) (5 hingga 11 Jun) kepada 1,090 kes.

HFMD: Kumulatif kes di Sabah pada paras 4,000, turun sedikit di minggu ke-22
Situasi semasa jangkitan penyakit tangan kaki dan mulut (HFMD) di Sabah berada pada paras lebih 4,000 kes walaupun berlaku penurunan 27.17 peratus.

HFMD: Perak catat lebih 8,000 kes
Perak mencatatkan 8,032 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) bermula Januari hingga semalam.

Kes HFMD dijangka menurun dalam dua hingga tiga minggu lagi - Khairy
Menterinya, Khairy Jamaluddin menjelaskan ia berikutan kes membabitkan gelombang berkenaan adalah bermusim dan bersifat setempat.

HFMD: Perak kesan 8,032 kes, peningkatan 39.2 kali ganda
Perak merekodkan 8,032 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dengan peningkatan sebanyak 39.2 kali ganda setakat Sabtu lalu.