awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Banjir: Pasangan Itali berjaya dikeluarkan dari Taman Negeri Endau Rompin
Warga emas maut dilanggar kereta terbabas laluan bertentangan
Reman tiga lelaki warga asing terbabit sindiket dadah antarabangsa disambung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bilik guru SK Sungai Nibong terbakar

Sinar Harian
Sinar Harian
13/09/2021
20:40 MYT
Bilik guru SK Sungai Nibong terbakar
Anggota bomba sedang melakukan kerja-kerja memadam kebakaran bilik guru SK Sungai Nibong di Jalan Sultan Azlan Shah, Bayan Lepas pada Isnin. (Gambar kecil, bilik guru). -Foto Sinar Harian
BAYAN LEPAS: Bilik guru Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Nibong di Jalan Sultan Azlan Shah, di sini terbakar pada Isnin.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu kira-kira jam 1.53 petang sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bayan Baru digegaskan ke tempat kejadian.
Menurutnya, kebakaran berkenaan menyebabkan hampir 30 peratus bilik guru yang terletak di tingkat satu musnah.
"Kebakaran dapat dikawal dan api berjaya dipadamkan sepenuhnya tidak lama kemudian dengan dibantu anggota Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak serta balai berhampiran.
"Tiada mangsa yang terlibat dilaporkan," katanya dalam kenyataan di sini pada Isnin.
Jurucakap berkenaan berkata, punca kebakaran masih lagi dalam siasatan.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Bilik guru terbakar
#SK Sungai Nibong
#Balai Bomba dan Penyelamat
#pusat gerakan operasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan