awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bintang muda biliard negara, Muhammad Afiq, maut kemalangan

Sinar Harian
Sinar Harian
21/12/2023
06:03 MYT
Bintang muda biliard negara, Muhammad Afiq, maut kemalangan
Afiq,13, maut dalam kemalangan Lekas berhampiran susur ke Ampangan, di sini, awal pagi semalam. - Gambar/ Sinar Harian
SEREMBAN: Bintang remaja sukan biliard negara, maut dalam kemalangan selepas kereta dinaiki bersama empat ahli keluarga terbabit kemalangan di Lebuhraya Kajang- Seremban (Lekas) berhampiran susur ke Ampangan di sini pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, dalam kejadian kira-kira jam 2.50 pagi itu, kereta dinaiki Muhammad Afiq Abdullah, 13, dikatakan hilang kawalan ketika melalui selekoh.
"Siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku apabila kereta jenis Honda City yang dipandu lelaki berusia 21 tahun sedang bergerak bersama empat penumpang dari arah Senawang menuju ke arah Ampangan, Seremban.
"Sejurus tiba di lokasi kejadian, kereta dinaiki mangsa dikatakan hilang kawalan ketika melalui selekoh lalu terbabas ke longkang di bahu kanan jalan," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Menurutnya, kejadian itu mengakibatkan mangsa berusia 13 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.
Tambahnya, empat lagi iaitu dua lelaki dewasa, seorang wanita dewasa dan seorang remaja lelaki cedera dan telah dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) untuk rawatan lanjut.
"Sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini boleh berhubung dengan pegawai penyiasat kes iaitu Inspektor Sudesh Kumar di talian 0164830853.
"Atau boleh terus ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan," katanya.
Difahamkan, Afiq mula terbabit dengan sukan biliard sejak berusia lapan tahun. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Muhammad Afiq
#pemain biliard muda
#kemalangan maut
#meninggal dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan