Tujuh anggota polis dan 14 orang tahanan yang dalam perjalanan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim cedera apabila lori 'Black Maria' yang dinaiki mereka terbabas sebelum bertembung dengan sebuah kereta di Jalan Pokok Jambu, Sidam Kanan di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Kulim Supt Ahmad Nasir Jaafar berkata dalam kejadian 11.30 pagi itu, kenderaan berkenaan terbabas sebelum melanggar kereta Perodua MyVi yang datang dari arah bertentangan.
"Ketika kejadian, kesemua anggota polis dan tahanan itu dalam perjalanan ke IPD Kulim setelah mendapatkan perintah tahanan reman daripada Mahkamah Sungai Petani berkaitan kesalahan Imigresen dan kesalahan lain," katanya kepada pemberita, hari ini.
Sementara itu, Pengarah Kesihatan Kedah Datuk Dr Norhizan Ismail berkata Jabatan Kecemasan Hospital Kulim menerima panggilan kecemasan pada 11.33 pagi sebelum menghantar tiga ambulans bersama-sama sembilan anggota paramedik ke lokasi nahas.
"Lapan mangsa dimasukkan ke wad iaitu seorang anggota polis berusia 48 tahun yang patah tulang paha kiri dan tujuh tahanan yang terdiri daripada tiga lelaki dan empat wanita yang mengalami pelbagai kecederaan," katanya dalam kenyataan di sini.
Enam anggota polis dan tujuh lagi tahanan yang cedera ringan berada dalam keadaan stabil selepas dirawat.
--BERNAMA
Bernama
Sat Aug 19 2017
Ketua Polis Daerah Kulim Supt Ahmad Nasir Jaafar berkata dalam kejadian 11.30 pagi itu, kenderaan berkenaan terbabas sebelum melanggar kereta Perodua MyVi yang datang dari arah bertentangan.
'Jangan ada sikap kawan makan kawan' - Puteri UMNO
Amal turut menyeru pemimpin masa kini mewarisi contoh terbaik kepada generasi baharu hari ini.
ISN fokus R&D sukan berpotensi menjelang Olimpik LA 2028
Institut Sukan Negara (ISN) akan memperkasa program penyelidikan dan pembangunan (R&D) dengan tumpuan khusus kepada sukan berpotensi tinggi di Sukan Olimpik Los Angeles 2028 menggunakan peru
Donald Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Jawatan itu dijangka akan memacu dasar-dasar terhadap beberapa musuh AS termasuk Korea Utara.
Turkiye tegaskan dukungan ke atas Syria pasca konflik
Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan memberi jaminan bahawa Turkiye akan terus berdiri bersama rakyat Syria dalam proses pemulihan dan pembinaan semula negara itu.
Dalam catatannya di X, Erdogan berkata sokongan akan terus diberikan tanpa mengira latar belakang rakyat Syria demi memastikan negara itu bangkit semula sebagai sebuah negara yang aman dan stabil.
Dalam catatannya di X, Erdogan berkata sokongan akan terus diberikan tanpa mengira latar belakang rakyat Syria demi memastikan negara itu bangkit semula sebagai sebuah negara yang aman dan stabil.
Syria fokus pemulihan, tolak konflik baharu dengan Israel
Pemimpin de facto Syria, Ahmad al-Sharaa, pada Sabtu menyatakan bahawa Israel menggunakan alasan palsu untuk mengesahkan serangan terhadap Syria.
Namun, beliau menegaskan bahawa Syria tidak berminat terlibat dalam konflik baharu.
Namun, beliau menegaskan bahawa Syria tidak berminat terlibat dalam konflik baharu.
Piala AMEC: Ekor Harimau diancam penyokong lawan di Stadium Rajamangala akibat provokasi
Situasi tegang itu berpunca daripada kedua-dua pihak yang saling berbalas provokasi tetapi keadaan itu terkawal.
Bayi lelaki berbalut kain ditemui dalam semak belakang surau di Manjung
Siasatan pihak polis mendapati bayi lelaki tersebut ditinggalkan dalam semak dan berbalut dengan kain.
‘UMNO bukan parti yang boleh ditendang, perlu kaji kedudukan dalam kerajaan’ - Dr Akmal
Dr Muhamad Akmal menyifatkan UMNO bukan sebuah parti yang boleh ditendang mengikut sesuka hati.
FBI dedah foto wartawan AS yang hilang di Syria sejak 2012
Gambar tersebut disunting bagi memberi gambaran kemungkinan rupa paras beliau pada usia 40-an.
AWANI Ringkas: Jelajah Dunia BWF 2024 di China
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Polis buka semula kertas siasatan Geng Lanun Merah Black Maria 360 - Acryl Sani
JSJ Bukit Aman dan Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed diarah kembali membuat pemantauan dan siasatan berterusan berhubung dakwaan terbabit.
'Black Maria' terbalik di Kulim, polis dan tahanan cedera
Tujuh anggota polis dan 14 orang tahanan yang dalam perjalanan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim cedera apabila lori 'Black Maria' yang dinaiki mereka terbabas.