awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Starmer mohon maaf kepada mangsa Epstein, akui percaya "pembohongan" Mandelson
Bandar Jepun batalkan festival sakura susulan tingkah laku pelancong tidak beradab
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina Bernama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Blackout 505 belum berakhir - Anwar

Hasbullah Awang Chik
Hasbullah Awang Chik
27/05/2013
06:13 MYT
Blackout 505 belum berakhir - Anwar
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melaporkan bahawa himpunan Blackout 505 masih belum berakhir.
“Kita masih belum menganjurkan di kebanyakan negeri seperti di Perlis, Kelantan, Sabah dan Sarawak. Terdapat juga permintaan untuk menganjurkan perhimpunan di kawasan lain," jelas Anwar.
Ahli Parlimen Permatang Pauh itu turut menafikan dakwaan Mat Sabu bahawa Pakatan Rakyat (PR) akan menganjurkan perhimpunan di Dataran Merdeka sekiranya kepimpinan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak meletakkan jawatan.
“Mat Sabu hanya meluahkan sentimen beliau yang tidak mahu penipuan berkenaan berlarutan. SPR juga kelihatan tidak mengambil sebarang tindakan dengan penipuan yang dilaporkan,” ujar Anwar.
Sementara itu, Anwar hari ini hadir bersama isteri Datin Seri Wan Azizah Ismail ke Balai Polis Tropicana, Petaling Jaya bagi membuat laporan polis berhubung isu penggunaan dakwat kekal.
“Saya mengundi sekitar 9.30 pagi di Kubang Semang, Permatang Pauh dan sekitar jam 5.30 petang sudah tiada kesan dakwat kekal di jari saya.
“Bagi kami ia bercanggah dengan peraturan dan undang-undang. Ini juga satu bukti sahih penipuan SPR.
“Saya percaya ribuan rakyat Malaysia telah mengemukakan laporan polis yang sama. Hari ini saya dan Azizah turut berbuat demikian kerana mengalami pengalaman yang sama, jelas Ketua Umum PKR.
Anwar turut memberitahu bahawa beliau tidak berkesempatan mengemukakan laporan polis lebih awal kerana ada urusan lain yang perlu diselesaikan.
Sebelum ini, himpunan Blackout 505, yang dimulakan di Kelana Jaya, telah diadakan di Terengganu, Pahang, Melaka, Kedah dan beberapa lokasi lain. Baru-baru ini, himpunan perdananya diadakan di Amcorp Mall, Petaling Jaya.
Himpunan berkenaan diadakan bagi membantah keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang didakwa berlaku penipuan dan penyelewengan sepanjang proses pilihan raya berlangsung.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Blackout 505
#Dataran Merdeka
#Permatang Pauh
#PKR
#PR
#SPR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan