awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
18 maut dalam letupan dinamit di India
Ringgit dibuka rendah didorong risiko geopolitik mereda tingkatkan dolar AS
Jelajah kemanusiaan Rizalman sentuh jiwa, beri harapan dan melunas amanah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Blackout 505: Dua MP Pakatan Rakyat mengaku tidak bersalah

Nabihah Hamid
Nabihah Hamid
24/07/2013
03:27 MYT
Blackout 505: Dua MP Pakatan Rakyat mengaku tidak bersalah
Dua ahli parlimen Pakatan Rakyat hari ini mengaku tidak bersalah di atas dua pertuduhan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan minta dibicarakan.
Selain Anthony Loke (Seremban) dan Rafizi Ramli (Pandan), kakitangan sekretariat Pakatan Rakyat, Adib Ishar turut di dakwa di mahkamah.
Pertuduhan pertama atas kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 15(3) Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736) dan boleh dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
Ketiga-tiga tertuduh didakwa menganjurkan satu perhimpunan di tempat awam dan sebagai penganjur serta gagal menyertakan satu salinan persetujuan pemunya Padang Merbok iaitu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
Mereka didakwa gagal mematuhi syarat yang dikenakan pegawai yang menjaga Daerah Polis Dang Wangi iaitu ACP Zainuddin Ahmad.
Jika disabitkan kesalahan, mereka boleh didenda tidak melebihi RM10,000.
Sementara itu, empat aktivis mahasiswa, Adam Adli Abdul Hamid, Safwan Anang, Ekhsan Bukharee dan Mohd Bukhari Mohd Sofian juga mengaku tidak bersalah atas tuduhan dibawah akta perhimpunan aman.
Keempat mereka dituduh menyertai satu perhimpunan yang diadakan di tempat larangan iaitu tempat ibadah di dalam perkarangan Masjid Ar-Rahman Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Jika disabitkan kesalahan mereka boleh didenda tidak melebihi RM20,000.
Topic Berkaitan
#Anthony Loke
#Padang Merbok
#Rafizi Ramli
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan