awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ratu cantik Malaysia angkat pendidikan kanak-kanak terpinggir
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
Gangguan seksual: Lesen PSV pemandu e-hailing dibatal serta-merta - Loke
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Blinken, Saifuddin bincang pertingkat keamanan dan kemakmuran di rantau Indo-Pasifik

Bernama
Bernama
09/04/2022
04:04 MYT
Blinken, Saifuddin bincang pertingkat keamanan dan kemakmuran di rantau Indo-Pasifik
Blinken dan Saifuddin membincangkan komitmen kedua-dua mereka untuk mempertingkatkan keamanan dan kemakmuran di rantau Indo-Pasifik. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony J Blinken mengadakan perbualan dengan Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Saifuddin Abdullah pada Jumaat, membincangkan komitmen kedua-dua mereka untuk mempertingkatkan keamanan dan kemakmuran di rantau Indo-Pasifik.
Jurucakap Jabatan Negara AS, Ned Price dalam satu kenyataan berkata, kedua-dua mereka turut berkongsi perspektif mengenai pembangunan Rangka Kerja Ekonomi Indo-Pasifik, yang akan meningkatkan pertumbuhan ekonomi secara meluas di seluruh rantau itu dan menyemak pendirian mereka mengenai perang Kremlin menentang Ukraine.
Kenyataan itu dikeluarkan melalui laman sesawang jabatan itu.
Sekurang-kurangnya 1,611 orang awam terbunuh sejak Rusia memulakan perang terhadap Ukraine pada 24 Feb, dan 2,227 cedera, menurut anggaran PBB, dengan angka sebenar dikhuatiri jauh lebih tinggi.
Lebih 4.3 juta rakyat Ukraine melarikan diri ke negara lain, dengan berjuta-juta lagi kehilangan tempat tinggal, menurut agensi pelarian PBB.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Saifuddin Abdullah
#Antony J Blinken
#setiausaha negara Amerika Syarikat
#Amerika Syarikat
#Ukraine
#Rusia
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan