SUBANG: Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken tiba di Pangkalan Udara TUDM Subang tepat jam 10.30 malam pada Selasa dari Jakarta, Indonesia.
Beliau yang dijadual mengadakan lawatan selama dua hari di Malaysia dengan menaiki pesawat tentera AS dan turut diiringi 39 delegasi utama dari Amerika Syarikat.
Ketibaan beliau disambut Ketua Protokol Kementerian Luar, Datuk Wan Zaidi Wan Abdullah, Setiausaha Bahagian Amerika Kementerian Luar, Wan Aznainizam Yusri Wan Abdul Rashid dan Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia, Brian McFeeters.
Lawatan Blinken adalah sebahagian daripada lawatannya ke rantau Asia Tenggara dari 13 hingga 16 Disember yang turut merangkumi Indonesia dan Thailand.
Sempena lawatan sulung ke Malaysia, Blinken akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah.
Blinken turut dijadual mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam lawatan dua hari itu.
Untuk rekod, Amerika Syarikat merupakan antara rakan dagang dan pelabur utama Malaysia.
Pada tahun lalu, nilai dagang dua hala Malaysia-Amerika Syarikat berjumlah RM178.18 bilion, manakala nilai pelaburan Amerika Syarikat di Malaysia dalam sektor pembuatan berjumlah RM3.7 bilion.
Lawatan kerja tersebut akan memberi peluang kepada Malaysia dan Amerika Syarikat untuk meluaskan kerjasama pelbagai bidang di samping meneroka inisiatif baharu.
Isu antarabangsa dan serantau yang melibatkan kepentingan bersama juga akan turut dibincangkan secara menyeluruh semasa lawatan itu.
Malaysia akan terus melaksanakan usaha memperkukuh hubungan dan kerjasama ini berlandaskan kerangka utama Kerjasama Komprehensif Malaysia-Amerika Syarikat.
Lawatan ini dikendalikan dengan mematuhi sepenuhnya tatacara prosedur operasi standard (SOP) berkaitan COVID-19 di Malaysia.
Ridauddin Daud
Tue Dec 14 2021

Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken tiba di Pangkalan Udara TUDM Subang tepat jam 10.30 malam pada Selasa dari Jakarta, Indonesia. - Foto AP

Muthu; wanita yang menyamar 36 tahun sebagai lelaki
Dia mendakwa penyamaran tersebut berlaku selepas dirinya terpaksa menjadi janda pada usia seawal 20 tahun selepas kematian suami.

AWANI Ringkas: Pacu pembangunan ekonomi Asia Tenggara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Penghantar makanan mengaku salah hantar bahan lucah di Instagram
Tertuduh boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

DUN Sarawak: Kapit bakal ada terminal bas dilengkapi pusat komersial baharu
Kementerian Pengangkutan Sarawak sudah mengenal pasti satu tapak untuk membangunkan sebuah pusat komersial baharu di bandar Kapit dilengkapi Terminal Bas Ekspres yang lebih kondusif.

IMF yakin ekonomi Malaysia akan berkembang 5.75 peratus pada 2022
Ekonomi Malaysia akan berkembang sebanyak 5.75 peratus pada 2022, dipacu oleh permintaan dalam negeri yang terpendam dan permintaan luar yang terus kukuh.

AS buka semula kedutaannya di Ukraine
AS akan terus menyokong kerajaan dan rakyat Ukraine yang sedang berdepan konflik dengan Rusia.

Krisis Rusia-Ukraine punca kekurangan makanan dunia
Jabatan Negara AS mendedahkan pada 2021, lebih daripada 193 juta orang di seluruh dunia mengalami kekurangan makanan yang kritikal.

Perdana Menteri rasmi Jelajah AKM Sabah esok
Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia merupakan program jelajah pertama anjuran Kementerian Pertanian dan Industri Makanan di Sabah tahun ini.

Polis kesan pemandu BMW berkelakuan samseng di jalan raya
kejadian yang berlaku di Kilometer 10 Lebuhraya Persekutuan arah Kuala Lumpur ke Klang.

Ringgit cecah RM4.4 berbanding dolar AS, terendah sejak Mac 2020
Ringgit mencatatkan rekod terendah pada 23 Mac, 2020 apabila ia mencecah paras RM4.447.

AS buka semula kedutaannya di Ukraine
AS akan terus menyokong kerajaan dan rakyat Ukraine yang sedang berdepan konflik dengan Rusia.

Krisis Rusia-Ukraine punca kekurangan makanan dunia
Jabatan Negara AS mendedahkan pada 2021, lebih daripada 193 juta orang di seluruh dunia mengalami kekurangan makanan yang kritikal.

Menteri Luar tulis surat rasmi kepada Blinken dalam Bahasa Melayu
Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah mengutuskan surat rasmi dalam bahasa kebangsaan kepada Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken.

AS percaya Rusia akan lakukan muslihat serang Ukraine
Blinken bagaimanapun tidak mengemukakan sebarang bukti terhadap dakwaan tersebut.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Blinken, Abbas bincang hubungan dua hala, perkembangan terkini di Palestin
Mahmoud Abbas juga menekankan keperluan untuk menghentikan amalan satu hala Israel yang menjejaskan penyelesaian dua negara.

Perbincangan dua hala AS-Rusia mungkin temui jalan buntu
Perbezaan ketara pendirian kedua-dua negara menjadi petanda buruk bagi sebarang jenis penyelesaian pantas.

Eksklusif: Blinken terpaksa balik awal, ini harapannya terhadap rantau Asia Tenggara
Blinken berkata, harapan beliau terletak pada tiga peringkat - individu, negara, dan Asia Tenggara secara keseluruhan.

AS akan tingkat perdagangan dan pelaburan di Malaysia
Amerika Syarikat (AS) akan terus bekerjasama rapat dengan Malaysia untuk meningkatkan perdagangan dan pelaburan di negara ini dan mengukuhkan pemulihan ekonomi pasca pandemik.

Hubungan Amerika Syarikat - Malaysia, ini apa yang anda perlu tahu
AS dan Malaysia menjalinkan hubungan diplomatik dengan Malaysia pada 1957 dan hubungan dua hala dalam Perkongsian Komprehensif pada 2014.