BMW bakal melancarkan generasi terbaharu Sports Activity Vehicle (SAV) mereka yang terkenal, BMW X1. Model terkini BMW X1 ini akan menawarkan ruang kabin dan ruang penyimpanan barang yang lebih luas.

Ruang untuk tempat letak kaki di tempat duduk penumpang belakang telah bertambah sebanyak 37 milimeter bagi spesifikasi standard dan 66 milimeter bagi pilihan model yang mempunyai tempat duduk belakang boleh laras, manakala ruang penyimpanan barang pula telah bertambah sebanyak 85 liter kepada 505 liter. Apabila tempat duduk belakang diturunkan, ruang penyimpanan barang bertambah sehingga 1,550 liter.

Antara perbezaan paling ketara adalah kemunculan pacuan roda hadapan, satu situasi yang baharu untuk syarikat ini yang tidak lama dahulu lantang berbicara mengenai manfaat pacuan roda belakang, atau paling tidak, pacuan semua roda.

Di Malaysia, BMW dengan pacuan roda hadapan diperkenalkan oleh model 2 Series Active Tourer.

Enjin
Generasi kedua BMW X1 ini bakal menawarkan pelbagai varian enjin sebagai pilihan kepada pembeli. Pada ketika pelancaran rasminya pada bulan Oktober 2015 nanti.

Menjelang November 2015, varian akan bertambah dengan penampilan sDrive 18i dan juga sDrive 16d di mana kedua-duanya adalah enjin tiga silinder.

Bagi generasi BMW X1 yang terdahulu, hanya dua varian yang ditawarkan kepada pembeli di Malaysia iaitu BMW X1 sDrive20i (pacuan roda belakang) dan BMW X1 xDrive20d (pacuan empat roda).

(Klik untuk galeri penuh)

Kita belum lagi ketahui sama ada varian-varian yang sama akan diperkenalkan ke pasaran Malaysia bila tiba masanya, tetapi berikut adalah spesifikasi bagi varian enjin yang telah ditawarkan di Malaysia dan varian-varian enjin yang lain bagi generasi terbaharu ini.

VariansDrive20i
EnjinEnjin petrol empat silinder sebaris dengan pengecas turbo BMW TwinPower
Kapasiti1,998cc
Kuasa192hp pada 5,000-6,000rpm
Tork280Nm pada 1,250-4,600rpm
Pecutan7.7 saat
Penggunaan bahan api6.0-5.9 liter/100 kilometer

VarianxDrive20d
EnjinEnjin diesel empat silinder sebaris dengan pengecas turbo BMW TwinPower
Kapasiti1,995cc
Kuasa190hp pada 4,000rpm
Tork400Nm pada 1,750-2,500rpm
Pecutan7.6 saat
Penggunaan bahan api5.1-4.9 liter/100 kilometer

VarianxDrive25d
EnjinEnjin diesel empat silinder sebaris dengan pengecas turbo BMW TwinPower
Kapasiti1,995cc
Kuasa231hp pada 4,400rpm
Tork450Nm pada 1,500-3,000rpm
Pecutan6.6 saat
Penggunaan bahan api5.2-5.0 liter/100 kilometer

VariansDrive18d
EnjinEnjin diesel empat silinder sebaris dengan pengecas turbo BMW TwinPower
Kapasiti1,995cc
Kuasa150hp pada 4,000rpm
Tork330Nm pada 1,750-2,750rpm
Pecutan9.2 saat
Penggunaan bahan api4.3-4.1 liter/100 kilometer

VarianxDrive25i
EnjinEnjin petrol empat silinder sebaris dengan pengecas turbo BMW TwinPower
Kapasiti1,998cc
Kuasa231hp pada 5,000-6,000rpm
Tork350Nm pada 1,250-4,500rpm
Pecutan6.5 saat
Penggunaan bahan api6.6-6.4 liter/100 kilometer

VarianxDrive20i
EnjinEnjin petrol empat silinder sebaris dengan pengecas turbo BMW TwinPower
Kapasiti1,998cc
Kuasa192hp pada 5,000-6,000rpm
Tork280Nm pada 1,250-4,600rpm
Pecutan7.4 saat
Penggunaan bahan api6.4-6.3 liter/100 kilometer


Kesemua varian enjin yang ditawarkan ini akan menggunakan enjin empat silinder terbaharu di dalam keluarga BMW dan akan disambungkan samada kepada kotak gear manual enam kelajuan atau kotak gear (automatik) Steptronic lapan kelajuan.

(Klik untuk galeri penuh)

Kabin
BMW X1 model terbaharu ini masih mengekalkan ciri-ciri yang mesra pemandu. Panel instrumen dan ruang konsol bahagian tengah direka menghadap ke arah pemandu bagi memaksimumkan kawalan dan mengurangkan gangguan kepada pemandu.

Sistem Pemanduan iDrive didatangkan dengan skrin 6.5 inci atau 8.8 inci (freestanding) beresolusi tinggi. Ianya disambungkan kepada enam pembesar suara, sambungan USB, soket AUX, hands-free untuk telefon, suis Driving Experience Control dan sistem penghawa dingin kereta.

Tiga pilihan aksesori tambahan eksklusif dengan reka bentuk spesifik
xLine: Bahagain hadapan xLine ini terdapat gril BMW dengan bar kemasan aluminium matt, terdapat juga rekaan garang xLine pada air intake, skirt tepi dan bahagian bawah badan dengan kemasan aluminium matt. Kemasan dalaman dibaluti dengan kulit atau fabrik dengan warna hitam atau coklat.

Sport Line: Apa yang istimewa mengenai Sport Line ini adalah gril-nya dihias dengan kemasan hitam kilat dan pelindung bahagian bawah badannya terdapat pelapik dengan warna hitam silver seperti skirt tepi. Ruang kabin pula menawarkan tempat duduk ‘sport’ dengan pilihan warna merah atau kelabu dan pilihan kemasan dalaman berwarna hitam atau aluminium dengan sentuhan warna matt Coral Red.

M Sport: Model M Sport ini menawarkan pakej M aerodynamic dan pilihan aloi 18 inci atau pilihan 19 inciM’ yang ringan. Ruang kabinnya pula menawarkan pilihan tempat duduk ‘sport’ dengan kemasan fabrik dan alcantara. Ruang kokpit bagi model M Sport ini sangat anggun, ditambah lagi dengan stereng yang dibalut kulit.

(Klik untuk galeri penuh)