Barisan Nasional (BN) berupaya mencapai kemenangan majoriti 2/3 pada Pilihanraya Umum PRU ke-13.

Menurut pengerusi biro publisiti dan penerangannya, Datuk Ahmad Maslan, kejayaan itu dapat dicapai sekiranya jentera parti komited.

Katanya, pelbagai dasar dan transformasi yang dilaksanakan kerajaan turut membantu usaha itu.

"Kami biro penerangan berpandangan tsunami politik itu sudah berhenti. Tsunami politik di negara Malaysia ini sudah berhenti. Kerana apa, siapa yang menghentikan? Yang menghentikan ialah dasar-dasar kerajaan di bawah pimpinan Datuk Seri Najib sekarang."

Bagi merealisasi kemenangan pada pilihan raya akan datang, ia meletak sasaran.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Biro Publisiti dan Penerangan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).