awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BN guna pendekatan 'gentleman' pada PRK Kajang

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
03/03/2014
23:46 MYT
BN guna pendekatan 'gentleman' pada PRK Kajang
Barisan Nasional (BN) akan menggunakan pendekatan 'gentleman' semasa musim berkempen menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang 23 Mac ini.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pihaknya tidak akan mendedahkan isu yang memalukan lawan sebaliknya menggunakan pendekatan berfakta yang lebih mengutamakan pengundi sendiri.
"Kita tahu BN jadi parti 'underdog', kita nampak hanya perlu bertahan namun itu tidak bermakna kita akan kelihatan lemah berpanjangan.
"Kita akan guna taktik serangan dan menggunakan isu serta fakta yang akan mendedahkan kepincangan pentadbiran mereka selama ini,'' katanya.
Muhyiddin berkata demikian semasa sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat tertutup jentera BN di pejabat UMNO Hulu Langat pada Isnin.
Turut hadir, Pengarah BN bagi PRK DUN Kajang Datuk Seri Noh Omar, Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai dan calon BN Datin Paduka Chew Mei Fun.
Dalam pada itu kata Muhyiddin, pengundi di Kajang diumpamakan raja yang harus diberi layanan utama.
"Mereka berhak menerima lebih dari apa yang dinikmati selama ini. Pengundi Kajang adalah raja dan jentera akan memberi keutamaan walau di mana mereka berada,'' ujarnya.
PRK Kajang dijadual berlangsung 23 Mac ini menyaksikan Chew bakal berdepan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan calon Bebas, antaranya bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim.
Ia diadakan berikutan peletakan jawatan secara mengejut penyandangnya Lee Chin Cheh dari PKR pada 27 Jan lepas bagi memberi laluan kepada Anwar untuk bertanding.
Ketika ditanya dakwaan Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli tentang perjanjian persefahaman (MoU) penstrukturan semula industri air Selangor akan menaikkan tarif air, ini kata Muhyiddin;
"Kita menumpukan perkara penting seperti tarikh mula kerja, pengambilan lebih 75 keping tanah dan pelantikan kontraktor.
"Kita tidak tahu tentang isu kenaikan tarif air, walaupun penting...ia terletak di bawah kuasa kerajaan negeri,'' jelasnya.
Muhyiddin kemudian mengimamkan solat asar di di surau Al-Istiqomah, Taman Angkasa Indah sebelum melancarkan jentera wanita BN untuk PRK Kajang.
Topic Berkaitan
#Chew Mei Fun
#Kajang
#Muhyiddin
#PRK
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan