KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau boleh sahaja meletakkan tanggungjawab di bahu 'poster boy' susulan kekalahan teruk Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Bagaimanapun, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu memilih untuk tidak berbuat demikian kerana mahu memastikan parti bergerak ke hadapan dan bukan terus mencari kesalahan.
Dalam masa sama, Ahmad Zahid mengakui, kekalahan BN juga telah mengundang pelbagai pandangan, desakan serta kecaman.
Pada PRU15, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Perdana Menteri ketika itu dijadikan 'poster boy' bagi BN untuk menghadapi PRU15.
"Kita boleh sahaja menggariskan pelbagai alasan dan punca dengan menuding jari ke sana sini. Akan tetapi, janganlah kita menjadi telunjuk lurus kelingking berkait.
"Saya boleh sahaja menggariskan; adanya kempen pilihan raya calon kita memburukkkan partinya sendiri. UMNO katanya parti korup, UMNO sudah rosak, sudah sesat dan pelbagai nista dilemparkan.
"Sehingga ucapannya dijadikan modal pihak pembangkang menyerang kembali UMNO. Boleh juga saya menyebut, poster boy…. poster boy perlu bertanggungjawab sepenuhnya, kerana beliau menjadi wajah hadapan parti dalam PRU15.
"Jika ini hendak dijadikan polemik, kita tidak akan bergerak ke hadapan. Kita akan terus mencari-cari kesalahan," katanya ketika menyampaikan ucapan Dasar Presiden pada PAU2022 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), hari ini.
Pada PRU15, UMNO hanya memenangi 30 kerusi Parlimen.
BERITA LANJUT MENYUSUL
Hasimi Muhamad
Fri Jan 13 2023
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (tengah) diapit oleh Datuk Seri Mohamad Hasan (kiri) dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (kanan) ketika menghadiri Perhimpunan Agung UMNO 2022, hari ini. - Gambar Astro AWANI/ SHAHIR OMAR
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Usul tambahan PAU2022, Ahli MKT pula akan dipanggil RoS - Aizat Fikri
Aizat Fikri telah dipanggil RoS untuk memberi keterangan lanjut berkenaan laporannya terhadap pelanggaran perlembagaan parti semasa PAU202.
Mohamed Khaled kekal pertahan jawatan Naib Presiden UMNO
Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini mengesahkan akan mempertahankan jawatannya pada Pemilihan UMNO 2023.
Langgar perlembagaan: Ahli UMNO terima surat maklum balas RoS
Menerusi surat bertarikh 26 Januari itu, RoS menyatakan sedang dalam proses semakan dan siasatan terperinci berkaitan aduan yang dibuat.
UMNO jumpa RoS, jelas aduan jawatan presiden, timbalan tidak dipertanding
UMNO memberi penjelasan kepada RoS berhubung usul tambahan yang diluluskan pada PAU2022 untuk jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertanding pada pemilihan parti tahun ini.
PAU2022: UMNO serah kepada RoS - Zahid
UMNO menyerahkan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) untuk menjelaskan mengenai keabsahan keputusan Perhimpunan Agung UMNO (PAU).
Aktivis Pemuda UMNO gesa RoS bebas daripada campur tangan mana-mana pihak
Ujar Syed Mohd, RoS perlu bebas daripada campur tangan mana-mana pihak demi keadilan dan demokrasi di negara ini.
PAU2022: Ahmad Maslan akan bertemu RoS dalam masa terdekat
Beliau dan peguam parti akan menjelaskan kepada RoS bahawa proses pengundian dalam PAU 2022 dijalankan mengikut peraturan parti.
UMNO Seremban nafi hantar notis bantahan
UMNO Bahagian Seremban nafi terlibat dengan tindakan seorang ahlinya yang menghantar notis bantahan keputusan PAU2022 kepada RoS mengenai jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan.
Notis bantahan keputusan PAU 2022 tepat dan berani - KJ
Khairy menyifatkan tindakan dua ahli UMNO menghantar notis bantahan kepada RoS susulan keputusan PAU2022 untuk tidak mempertandingkan dua jawatan tertingginya sebagai tepat dan berani.
PAU2022: Dua ahli UMNO hantar aduan kepada RoS
Aduan itu dikemukakan oleh ahli UMNO Bahagian Kuala Nerus, Muhammad Aizat Fikri Mohd Nasir dan ahli UMNO Seremban, Muhammad Fiqri Firdaus Muhammad Rom.