awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Boikot Israel: Tiada laporan pekerja diberhentikan setakat ini - Sivakumar

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
07/11/2023
11:10 MYT
Boikot Israel: Tiada laporan pekerja diberhentikan setakat ini - Sivakumar
V Sivakumar berkata, berdasarkan rekod, setakat ini tiada aduan rasmi dikemukakan kepada kementerian mengenai isu tersebut. - Foto BERNAMA
IPOH: Kementerian Sumber Manusia (KSM) belum menerima laporan pemberhentian kerja susulan kempen boikot syarikat dan produk berkaitan Israel yang digerakkan di negara ini.
Menterinya, V Sivakumar berkata, berdasarkan rekod, setakat ini tiada aduan rasmi dikemukakan kepada kementerian mengenai isu tersebut.
"Kementerian tidak terima apa-apa laporan berkaitan pembuangan kerja dan sebagainya…tidak ada apa-apa aduan," katanya kepada pemberita sempena majlis sambutan Deepavali Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) di sini, hari ini.
Menurutnya, kementerian bagaimanapun bersedia untuk melihat perkara itu secara lebih serius sekiranya menerima aduan daripada pekerja terlibat.
"Kalau ada aduan, kita akan tengok, jika tiada aduan, saya pun tak boleh komen," ujarnya ringkas.
Media sebelum ini melaporkan, kempen boikot produk dan syarikat yang berkaitan dengan Israel, memberi kesan kepada pendapatan pekerja tempatan.
Kebanyakan mereka, rata-ratanya pekerja sambilan dikatakan terpaksa diberhentikan disebabkan syarikat tidak lagi menerima jumlah pelanggan yang ramai.
Topic Berkaitan
#ksm
#boikot
#Buang kerja
#Perang Palestin-Israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan