KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak pernah menghalang kebebasan orang ramai untuk berkarya dan mengekspresikan diri melalui kandungan kreatif di platform media sosial selagi ia tidak menyentuh sensitiviti berkaitan 3R iaitu race (bangsa), religion (agama) dan royalty (raja).
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata walaupun begitu, pihaknya dengan kerjasama penyedia platform media sosial terus melakukan pemantauan bagi memastikan kandungan yang menyentuh 3R tidak tersebar.
"Dalam bab keselamatan awam, sekiranya berlaku kacau ganggu dalam khalayak ramai atau ada masalah sebaran ajaran sesat, ekstremisme militan dan keganasan memang kerajaan akan ambil tindakan yang pantas.
"Di Malaysia, kita tidak menghalang orang untuk berkarya, berekspresi atau bersuara tetapi kita ada undang-undang, adab serta budaya... Penting untuk kita ingat walaupun kita ada hak untuk bersuara, tetapi kita tidak ada hak untuk menyebar fitnah dan maklumat palsu," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan KNKV Viral Award dan majlis penjenamaan semula KNKV Group di sini pada Rabu.
Sementara itu, Fahmi berkata pihaknya terutamanya Suruhanjaya Komunikasi dan Mulitmedia Malaysia (MCMC) tidak selalunya meminta penyedia platform media sosial untuk menurunkan sesuatu kandungan, kecuali jika ia mendapat aduan orang ramai atau dikesan menyentuh mengenai 3R.
"Hampir 95 peratus daripada kandungan jika diturunkan adalah disebabkan pembuat kandungan itu melanggar panduan komuniti (yang ditetapkan penyedia platform). Malah, jika berlaku berulang kali, platform itu sendiri akan menutup akaun tersebut," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 08 2023

Fahmi berkata, pihaknya dengan kerjasama penyedia platform media sosial terus melakukan pemantauan bagi memastikan kandungan yang menyentuh 3R tidak tersebar. - Foto BERNAMA

JHEAT nasihat 'duda sado' usah tayang badan ketika jual durian
Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) menasihatkan seorang lelaki berbadan sasa yang tidak berbaju ketika menjual durian supaya tidak lagi mempamerkan bentuk badannya.

Tragedi Everest: Keluarga Muhammad Hawari reda SAR ditamatkan
Ahli keluarga pendaki Malaysia Everest 2023, Muhammad Hawari Hashim terima dengan hati penuh hiba keputusan misi mencari dan menyelamat (SAR) ditamatkan.

Kalimah Allah: Jangan politikkan sehingga Majlis Raja-Raja buat keputusan - Sultan Selangor
Sultan Sharafuddin menegaskan baginda telah menyatakan pandangannya berhubung perkara berkenaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Penuntut USAS lemas ketika berkelah bersama rakan di Air Terjun Batu Hampar
Perkelahan penuntut Universiti Sultan Azlan Shah di Air Terjun Batu Hampar Padang Rengas bertukar tragedi apabila salah seorang daripada mereka lemas.

Dewan Rakyat: Tuan Ibrahim dakwa Empangan Chereh pecah pada Nov 2021
Tuan Ibrahim mendakwa, kejadian itu menyebabkan simpanan bekalan air minuman di bandar Kuantan melibatkan beberapa loji terjejas.

Ibu, bapa tiri dilepaskan tuduhan cuai cederakan anak
Suami isteri dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu, atas pertuduhan bertindak cuai terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun, dua bulan lalu.

Polis kesan lelaki bantu siasatan kes bunuh di Klang
Lelaki itu ialah B Perkas Rao @ Rider, 41, yang memiliki empat rekod jenayah lampau dan dua rekod berkaitan dadah.

Tanah rizab Melayu: Tak ada apa yang hendak kita sembunyikan - Saarani
Kerajaan Perak bersedia memberi kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) susulan laporan yang dibuat Ketua Pembangkang membabitkan tanah rizab Melayu di negeri itu.

Sukan tempur kini diklasifikasi sebagai aktiviti sukan di sekolah - Hannah
Klasifikasi itu bagi memastikan atlet sukan tempur di sekolah mendapat pengiktirafan yang setara dengan sukan lain selaras dengan Akta Pembangunan Sukan 1997 (Akta 576).

Jual pasir ke Pulau Pinang: Kenapa tidak? - MB Perak
Perak bersedia untuk menjual pasir dan batu di negeri itu sekiranya ada permintaan dibuat Kerajaan Pulau Pinang bagi membangunkan projek Tambakan Laut Selatan Pulau Pinang (PSI).

Kerajaan pastikan tindakan ke atas Telegram tidak terlalu jejaskan pengguna
Fahmi Fadzil berkata pihaknya sedar aplikasi tersebut banyak digunakan khususnya oleh komuniti tertentu seperti sekolah dan pengamal media untuk penghantaran video dan imej.

Pelaksanaan Fasa 1 JENDELA berjaya, lepasi sasaran ditetapkan - MCMC
Fasa 1 JENDELA telah mencapai 7.74 juta premis sedia untuk disambungkan dengan Internet gentian, melebihi sasaran awal 7.5 juta premis.

1,565 kandungan media sosial langgar kesalahan diturunkan - Teo
MCMC telah menurunkan sebanyak 1,565 kandungan yang melanggar kesalahan piawaian panduan komuniti yang ditetapkan sejak 2022 hingga April lepas.

Bincang topik berbaur lucah di Telegram: Jakim kemuka aduan rasmi kepada MCMC
JAKIM mengemukakan aduan rasmi kepada MCMC berhubung kewujudan akaun Telegram yang membincangkan topik lucah kendalian seorang wanita.

Kerajaan tidak benarkan al-Quran dicetak dalam tulisan rumi
Kerajaan tidak akan membenarkan al-Quran diterbitkan dalam tulisan rumi atau bahasa-bahasa lain selain bahasa bahasa Arab di negara ini.

MCMC perkasa kerjasama dengan Meta, kekang aktiviti bercanggah undang-undang di Facebook
MCMC memperkasa jalinan kerjasama dengan Meta dalam usaha mengekang aktiviti di laman Facebook yang bercanggah dengan undang-undang negara.

Rangkaian 5G capai hampir 60 peratus di Malaysia - Fahmi
Peratus capaian rangkaian 5G bagi negeri Sarawak pula telah mencapai 34 peratus.

KKD teliti keperluan pinda Akta Perkhidmatan Pos - Fahmi
Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) sedang meneliti keperluan meminda Akta Perkhidmatan Pos 2012 supaya bersesuaian dengan perkembangan semasa bidang perkhidmatan pos dalam negara.

Terap konsep 'tabayyun', semak dahulu maklumat diterima - Fahmi
Rakyat Malaysia perlu menerapkan konsep 'tabayyun' dalam diri iaitu sentiasa menyemak kebenaran setiap maklumat yang diterima melalui mana-mana platform.

MCMC kaji semula kerangka kawal selia ekoran peningkatan tahap kandungan dieksploitasi
MCMC akan mengkaji semula kerangka kawal selia sedia ada ekoran peningkatan tahap kandungan yang dieksploitasi oleh penjenayah.