Muft Perak, Tan Sri Harussani menegaskan umat Islam ditegah sama sekali mempertikaikan zat Allah kerana perbuatan sedemikian boleh menyebabkan seseorang itu menjadi kafir dan murtad.
Bahkan, kata beliau, jika mati pun tidak boleh dikebumikan di tanah perkuburan Islam walapun namanya seorang Islam.
“Orang yang murtad itu terkeluar daripada Islam, bahkan mati pun tidak boleh dikebumikan di tanah perkuburan Islam walaupun namanya Zabedah ke atau Fatimah ke,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di Kompleks Islam di sini pada Isnin.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kontroversi yang dibuat Siti Kasim sejak akhir-akhir ini terutama kenyataannya yang disiarkan portal berita bertajuk 'Melalui Getaran, Kita Menghasilkan Tuhan'.
BACA: 'Hasilkan Tuhan melalui tenaga', Siti Kasim akan dipanggil Jakim
Harussani menasihati Siti Kasim supaya tidak mengulas urusan agama terutamanya berkenaan Tauhid sekiranya dia (Siti Kasim) tidak mengetahui mengenainya.
“Jadi kalau kita menyifatkan Tuhan itu sama dengan makhluk atau terjadi dari makhluk, maka kita sudah jadi kafir sudah murtad daripada Islam.
“Nasihat saya, tak usahlah campur dalam urusan agama apa yang kita tidak tahu. Belajarlah. Kita telah dilahirkan sebagai orang Islam cukup beruntung, pelajari Islam yang telah dibawa oleh bapa dan mak kita dan kita pertahankan agama Allah,” ujarnya.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dikatakan akan memanggil aktivis sosial yang juga peguam, Siti Kasim untuk memberi keterangan sebelum mengambil tindakan berhubung kenyataan yang dikeluarkannya sebelum ini kerana disifatkan mengelirukan.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, bagi tindakan undang-undang akan diserahkan kepada pihak berkuasa kerajaan negeri khususnya Jabatan Hal Ehwal Agama Islam mengikut peruntukan yang bersesuaian termasuk berkaitan akidah.
Astro Awani
Mon Apr 03 2017
Orang yang murtad itu terkeluar daripada Islam, bahkan mati pun tidak boleh dikebumikan di tanah perkuburan Islam walaupun namanya Islam, kata Harussani. - Gambar fail
Nor Farah Ain tidak percaya bergelar juara dunia
Atlet boling pada negara Nor Farah Ain Abdullah masih tidak percaya sudah bergelar juara dunia pada penampilan sulungnya di Kejohanan Boling Padang Dalam Dewan Dunia 2024 di Guernsey, Channel Islands
Program Jana Wibawa dilaksana selepas dapat persetujuan Jemaah Menteri - Saksi
Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa cadangan mengenai Jana Wibawa telah dibawa ke mesyuarat untuk pertimbangan sebelum Jemaah Menteri memutuskan supaya program itu diteruskan pada 2020.
[TERKINI] Sidang Media Perdana Menteri di Riyadh, Arab Saudi
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan sidang media susulan lawatan kerja rasmi ke Mesyuarat Khas WEF 2024 di Riyadh Arab Saudi.
SPR keluar 188 kertas undi pos bagi PRK Kuala Kubu Baharu
Pengeluaran kertas undi pos itu dilakukan oleh petugas pilihan raya yang dilantik Pegawai Pengurus dengan kehadiran ejen undi pos daripada semua empat calon yang bertanding.
KDN muktamad pembelian empat helikopter untuk APMM bernilai RM600 juta
Kertas kerja bagi perolehan aset itu sudah diserahkan kepada Kementerian Kewangan untuk keputusan akhir.
Video disalah sunting, Teo Nie Ching buat laporan polis
Teo berkata pilihan raya bukanlah tiket untuk mana-mana pihak menyebarkan fitnah dengan niat mencetuskan perbalahan antara masyarakat pelbagai kaum dan agama.
Tulis ancaman bom atas bungkusan, pekerja stor didenda RM3,000
Muhammad Rozali Rahim, 23, membuat pengakuan itu ketika pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Bukhori Md Ruslan.
Kempen PRK KKB lancar setakat ini - Polis Selangor
Kempen PRK DUN KKB yang memasuki hari ketiga hari ini berjalan lancar dan tiada sebarang insiden tidak diingini dilaporkan setakat ini.
Buletin AWANI Khas: Asia Barat sedang ‘Stress’: Dialog menteri-menteri dunia Arab
Situasi meruncing di Gaza, konflik Iran-Israel dan ditambah pula persaingan kuat dua kuasa, Amerika Syarikat dan China dilihat terus membayangi percaturan geopolitik dan geoekonomi negara-negara Islam di Asia Barat. Beberapa Menteri Luar negara-negara Arab duduk sepentas di Mesyuarat Khas WEF, Riyadh dalam sesi ini.
#SpecialMeeting24
#SpecialMeeting24
AWANI Ringkas: Projek NTC | Sindiket Dadah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Boleh jatuh murtad jika pertikai zat Allah - Mufti Perak
Harussani menasihati Siti Kasim supaya tidak mencampuri urusan agama iaitu berkenaan Tauhid sekiranya tidak mempunyai pengetahuan mengenainya.