awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Teksi Malaysia di Singapura wajib pasang OBU sebelum pelaksanaan ERP 2 pada 2027
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bom Bangkok: Polis Thai yakin dapat kerjasama PDRM berkaitan suspek serangan

Bernama
Bernama
17/09/2015
23:53 MYT
Bom Bangkok: Polis Thai yakin dapat kerjasama PDRM berkaitan suspek serangan
SOMYOT: Kami tidak pernah mengenakan syarat antara satu sama lain kerana kami mempunyai hubungan yang baik. Malaysia dan Thailand telah bekerjasama buat sekian lama. -Gambar fail
Polis Thai yakin akan berpeluang menyoal siasat tiga suspek yang diberkas Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk membantu siasatan yang masih berjalan terhadap sekumpulan individu yang bertanggungjawab dalam serangan bom di tengah-tengah kota Bangkok, 17 Ogos lepas.
"Kami tidak pernah mengenakan syarat antara satu sama lain kerana kami mempunyai hubungan yang baik. Malaysia dan Thailand telah bekerjasama buat sekian lama," kata Ketua Polis Thai Jen Somyot Pumpanmueng pada satu sidang akhbar di sini pada Khamis.
Somyot berkata pasukan polis Thai yang dihantar ke Malaysia pada 15 Ogos mungkin tidak berpeluang menyoal siasat suspek secara langsung tetapi pasukan kedua yang dihantar hari ini mungkin berpeluang menyoal suspek esok atau lusa, selepas PDRM selesai siasatan mereka.
"Kami perlu memberikan polis Malaysia untuk menyiasat perkara itu dahulu," katanya.
Pilihan lain, polis Thai boleh menyediakan soalan untuk ditanya menerusi PDRM jika ada halangan perundangan untuk polis Thai menyoal siasat suspek, katanya.
"Saya percaya kami mungkin berpeluang untuk mendapatkan maklumat atau perkara lebih terperinci daripada perbincangan," katanya.
Beliau berkata polis Thai yakin kerana kedua-dua pihak saling bekerjasama dalam segala aspek.
BACA: Polis tahan tiga individu dipercayai bersekongkol
FOTO: Letupan bom gegar Bangkok
FOTO: Bangkok sesudah letupan
Beliau berkata kerjasama itu termasuk menyerahkan beratus kereta yang dicuri dan dibawa masuk ke Thailand kembali ke Malaysia tetapi kerjasama seperti itu jarang mendapat liputan media.
Somyot juga berkata polis Thai masih belum dapat memastikan penglibatan tiga suspek itu sama ada dalam pemerdagangan manusia atau perancangan serangan bom berkenaan.
Topic Berkaitan
#bom bangkok
#Jen Somyot Pumpanmueng
#PDRM
#polis Thai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan