awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Beberapa sekolah di Minneapolis ditutup susulan ancaman bom palsu
Trump umum potongan tarif ke atas India selepas Modi setuju berhenti beli minyak dari Rusia
Beijing kecam kemenangan Grammy Dalai Lama, dakwa berlaku "manipulasi"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bom di kereta Siti Kasim: Polis rakam keterangan beberapa individu

Sinar Harian
Sinar Harian
22/07/2023
10:57 MYT
Bom di kereta Siti Kasim: Polis rakam keterangan beberapa individu
Bom tersebut dipercayai diletakkan pada tayar belakang kereta milik Siti Kasim di pusat servis kereta di Jalan Maarof. -Gambar fail/Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Polis telah merakam keterangan beberapa individu termasuk saksi di sekitar lokasi kejadian penemuan bom jenis Improvised Explosive Device (IED) pada Jumaat.
Bom tersebut dipercayai diletakkan pada tayar belakang kereta milik aktivis, Siti Zabedah Kasim atau dikenali Siti Kasim di pusat servis kereta di Jalan Maarof di sini.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, setakat ini siasatan lanjut berkaitan kejadian masih dijalankan.
"Siasatan dijalankan secara terperinci termasuk merakam keterangan beberapa individu di sekitar lokasi tersebut.
"Sebarang perkembangan terkini akan dimaklumkan kemudian," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.
Pada Jumaat, polis mengesahkan objek yang diletakkan pada tayar belakang kereta milik aktivis, Siti Kasim dipercayai ialah bom jenis Improvised Explosive Device (IED).
Sebelum itu, Siti Kasim memuat naik secara langsung di Facebook peribadinya mendakwa terdapat objek menyerupai bom diletakkan pada keretanya.
Siti Kasim berkata, dia menyedari objek yang diletakkan di bahagian tayar itu ketika menghantar kenderaannya itu ke pusat servis kereta, di Jalan Maarof, kira-kira jam 12 tengah hari pada Jumaat. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#IED
#bom pada kereta
#Siti Kasim
#pusat servis kereta di Jalan Maarof
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan