awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
Lebih sejuta dokumen berkaitan kes Jeffrey Epstein ditemukan pihak berkuasa Amerika
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bom kereta Siti Kasim: Polis rakam keterangan 9 saksi

Sinar Harian
Sinar Harian
24/07/2023
08:00 MYT
Bom kereta Siti Kasim: Polis rakam keterangan 9 saksi
Polis sebelum ini mengesahkan dua objek ditemui di bahagian bawah kereta Siti Kasim adalah bom jenis IED. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Polis telah merakam keterangan sembilan orang saksi bagi membantu siasatan berkaitan kes penemuan bom buatan sendiri di bahagian tayar kereta milik peguam, Siti Kasim di pusat servis kenderaan di Jalan Maarof, Bangsar di sini, pada Jumaat lalu.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) juga telah diperoleh bagi membantu siasatan.
"Pihak polis sedang membuat penelitian ke atas setiap CCTV melibatkan tempat yang dimaklumkan oleh mangsa," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Terdahulu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor mengesahkan dua objek ditemui di bahagian bawah kereta Siti Kasim atau nama sebenar Siti Zabedah Kassim adalah bom jenis Improvised Explosive Device (IED).
Beliau dilaporkan berkata, ia berdasarkan siasatan dilakukan pihak Unit Pemusnah Bom (UPB).
Pada Jumaat lalu, Siti Kasim dalam siaran langsung Facebook mendakwa keretanya diletakkan objek menyerupai bom.
Siti Kasim berkata, dia menyedari objek yang diletakkan di bahagian tayar itu ketika menghantar kenderaannya ke pusat servis kenderaan pada jam 12 tengah hari. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Siti Kasim
#bom
#siasatan polis
#CCTV
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan