awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
FMM saran daya saing kos yang lebih baik untuk sokong pertumbuhan pembuatan
Pendidikan sivik penting bendung tabiat membuang sampah - Lee Lam Thye
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bom lama ditemui di ladang sawit di Slim River

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
13/11/2021
22:00 MYT
Bom lama ditemui di ladang sawit di Slim River
Bom ditemui tertanam di tebing tanah tepi jalan dalam kebun kelapa sawit, dengan muncungnya sahaja yang berada di luar. - Foto PDRM
TANJUNG MALIM: Sebutir bom lama ditemui tertanam di Ladang Serigala Div A, Slim River, dekat sini, pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai penemuan bom itu daripada seorang lelaki, kira-kira jam 4 petang.
Menurutnya, hasil siasatan mendapati bom tersebut dijumpai di tepi laluan untuk mengangkut hasil sawit dan jarak lokasi ke jalan utama lebih kurang tiga kilometer.
“Ia dipercayai bom jenis Artileri 155mm, anggaran panjang 29 inci dan ukur lilit 20 inci,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.
Beliau berkata, bom lama itu dijumpai tertanam di tebing tanah tepi jalan dalam kebun kelapa sawit, dengan muncungnya sahaja yang berada di luar manakala badannya tertanam di dalam tanah.
“Kerja-kerja memusnahkan bom akan dibuat setelah bantuan daripada Unit Pemusnah Bom sampai ke tempat kejadian esok,” ujarnya.
Hasil siasatan polis mendapati, bom dijumpai di tepi laluan untuk mengangkut hasil sawit. Foto PDRM
Hasil siasatan polis mendapati, bom dijumpai di tepi laluan untuk mengangkut hasil sawit. Foto PDRM
Topic Berkaitan
#Slim River
#Polis Daerah Muallim
#bom lama
#ladang sawit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan