awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tujuh daripada 10 rakyat Malaysia optimistik negara di landasan tepat - Ipsos
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bom perang dunia kedua dijumpai di tapak pembinaan di Tanjung Tokong

Bernama
Bernama
20/05/2025
01:00 MYT
Bom perang dunia kedua dijumpai di tapak pembinaan di Tanjung Tokong
Sebutir bom dipercayai peninggalan Perang Dunia Kedua jenis unexploded ordnance (UXO) dan disyaki masih aktif ditemukan di tapak pembinaan di Jalan Seri Tanjung Pinang, Tanjung Tokong, malam tadi. - Gambar ihsan PDRM
GEORGE TOWN: Sebutir bom dipercayai peninggalan Perang Dunia Kedua jenis unexploded ordnance (UXO) dan disyaki masih aktif ditemukan di tapak pembinaan di Jalan Seri Tanjung Pinang, Tanjung Tokong, di sini, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Abdul Rozak Muhammad berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam berhubung penemuan bom itu pada 9.42 malam.
“Unit Pemusnah Bom (UPB) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang telah dipanggil untuk memeriksa dan menyahaktifkan objek tersebut. Hasil pemeriksaan, UPB mengesahkan bahawa objek itu merupakan bom jenis UXO tinggalan Era Perang Dunia Kedua.
“Tiada kemalangan jiwa mahupun kerosakan harta benda dilaporkan dalam kejadian ini,” katanya dalam kenyataan.
Abdul Rozak berkata, pemeriksaan oleh UPB turut mengesahkan lokasi kejadian selamat dan bom tersebut akan dilupuskan hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bom perang dunia
#bom UXO
#Unexploded Ordnance
#tapak pembinaan
#Tanjung Tokong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan