GOPENG:Sebutir bom tangan lama dipercayai peninggalan Perang Dunia Kedua ditemukan di kawasan dusun buah-buahan dan sayur-sayuran di Jalan Kampung Dusun Seribu, Kampung Sungai Itek dekat sini pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kampar, Superintenden Hasron Nazri Hashim berkata, hasil siasatan mendapati bom tangan itu dijumpai di kawasan dusun yang sudah diusahakan pemilik tanah itu sejak empat tahun lepas.
"Kira-kira jam 10.10 pagi, pihak polis dari Balai Polis Gopeng terima panggilan telefon dari orang awam memaklumkan ada terjumpa satu objek disyaki bom tangan lama.
"Menurut laporan itu, anak pemilik tanah sedang memotong rumput pada jam 9.30 pagi di kawasan tersebut dan terkena serta menjumpai bom lama, lalu terus menghubungi Balai Polis Gopeng untuk tindakan lanjut," katanya.
Hasron berkata, susulan itu Unit Pemusnah Bom (UPB) darippada Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Perak dan UPB IPD Tapah tiba di lokasi pada jam 2 petang.
Seterusnya, UPB daripada IPK Perak mengesahkan bom tangan itu adalah jenis 'hand grenade fuzes’ di mana keadaan fizikal telah berkarat.
"Bom berukuran 11cm (panjang) dan 21cm (ukur lilit), bom itu telah dipindahkan ke kawasan tanah lapang di Kampung Tersusun Baru, Sungai Itek untuk dimusnahkan.
"Bom itu telah diletupkan pada jam 2.50 petang setelah mengambil kira aspek keselamatan dan tiada sebarang insiden tidak diingini berlaku dalam proses tersebut," katanya lagi.
Aida Aziz
Wed Sep 30 2020
Menurut polis, hasil siasatan mendapati bom tangan itu dijumpai di kawasan dusun yang sudah diusahakan pemilik tanah itu sejak empat tahun lepas. - Foto ihsan polis
Piala ASEAN: Harimau Malaya bergelut raih kemenangan pertama
Skuad bimbingan Pau Marti Vicente bermula perlahan dikejutkan lawan pada separuh masa pertama apabila ketinggalan 1-2.
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
Bom tangan lama Perang Dunia Kedua dijumpai di dusun
Sebutir bom tangan lama dipercayai peninggalan Perang Dunia Kedua ditemukan di kawasan dusun buah-buahan dan sayur-sayuran pada Rabu.