awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perhimpunan bertukar ganas ketika protes Iran merebak ke lebih 100 bandar
JPJ perhebat operasi lebih muatan, periksa 1.2 juta kenderaan pada 2025
Anwar hargai layanan ikhlas Erdogan sempena lawatan rasmi ke Turkiye
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bomba bantu bawa turun lelaki tersangkut pokok rambutan

Bernama
Bernama
23/11/2025
12:45 MYT
Bomba bantu bawa turun lelaki tersangkut pokok rambutan
Tindakan pantas pihak bomba berjaya menyelamatkan seorang lelaki yang tersangkut pada sebatang pokok rambutan setinggi lebih enam meter selepas mangsa tidak dapat turun kerana dihempap dahan pokok itu. - Foto Sinar Harian
TASEK GELUGOR: Tindakan pantas pihak bomba berjaya menyelamatkan seorang lelaki yang tersangkut pada sebatang pokok rambutan setinggi lebih enam meter selepas mangsa tidak dapat turun kerana dihempap dahan pokok itu dalam kejadian di Kampung Air Melintang Besar, di sini hari ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang John Sagun Francis berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12.36 tengah hari sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tasek Gelugor bergegas ke lokasi.
"Mangsa yang berusia 26 tahun memanjat pokok itu untuk memotong dahan sebelum ia (dahan) menghempapnya dan menyebabkan lelaki itu mengalami kesakitan tulang belakang serta tidak boleh turun.
"Pihak bomba berjaya membawa turun lelaki itu menggunakan tangga dengan selamat. Mangsa dalam keadaan sedar namun mengalami kecederaan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata mangsa kemudiannya diserahkan kepada petugas Kementerian Kesihatan (KKM) untuk rawatan lanjut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bomba
#tersangkut pokok rambutan
#Kampung Air Melintang Besar
#JBPM Pulau Pinang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan