awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] 2026: Cabaran dan agenda perkhidmatan awam negara
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Duta Korea Selatan imbau detik kegembiraan, keakraban pada tahun terakhir di Malaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bomba bantu pindahkan 29 mangsa banjir terperangkap

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
19/11/2021
03:16 MYT
Bomba bantu pindahkan 29 mangsa banjir terperangkap
Kesemua mangsa terdiri daripada 15 lelaki dewasa dan 14 wanita dewasa dipindahkan dengan bantuan tujuh anggota bomba. - Gambar ihsan Bomba
KUBANG PASU: Seramai 29 Individu yang terperangkap selepas rumah mereka di Kampung Nang Mah di sini, dinaiki air berjaya diselamat dan dipindahkan oleh anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Kayu Hitam hari ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian banjir pada pukul 1.43 pagi tadi.
Beliau berkata, kesemua mangsa terdiri daripada 15 lelaki dewasa dan 14 wanita dewasa dipindahkan dengan bantuan tujuh anggota dari BBP Bukit Kayu Hitam.
"Komander operasi melaporkan terdapat 13 buah rumah yang terjejas akibat banjir dan dianggarkan paras air dinaiki setinggi satu meter di kawasan itu.
"Mangsa yang dipindahkan sejumlah 29 orang dan lapan keluarga," katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.
Mohamadul Ehsan berkata, tindakan komander operasi dan pasukan bomba membantu membawa kesemua mangsa berpindah ke lokasi yang selamat.
Beliau berkata, kesemua mangsa dibawa ke Pusat Pemindahan Sementara di Kampung Tradisi, Changlun dan anggotanya kemudian membuat pemantauan di sekitar kawasan berkenaan.
"Operasi tamat pada pukul 3.48 pagi tadi," katanya.
Topic Berkaitan
#mangsa banjir
#Kampung Nang Mah
#Bukit Kayu Hitam
#Kedah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan