SHAH ALAM: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor mendirikan tiga pusat kawalan hadapan (PKH) di lokasi kritikal berlakunya banjir, iaitu di Batu 14 dan Sungai Lui, Hulu Langat dan Taman Sri Muda di sini, sebagai langkah bagi mempercepatkan pergerakan operasi menyelamat.
Pengarahnya Datuk Norazam Khamis berkata inisiatif itu, dilaksanakan bagi menghadapi musim monsun timur laut pada tahun ini dan dibuat berdasarkan pengalaman banjir besar pada tahun lalu, ekoran masa yang lama diambil untuk bergerak dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) ke lokasi banjir, terutamanya ke Taman Sri Muda.
Malah beliau berkata tempoh perjalanan ke lokasi bencana turut bertambah, apabila anggota bomba juga terperangkap dalam kesesakan lalu lintas dan perlu membawa aset seperti bot.
"Kita bersedia dari sekarang dengan dirikan khemah dan tempatkan anggota bomba, jentera dan bot di PKH. Jadi kita berada lebih dekat dengan lokasi contohnya di Taman Sri Muda, kita boleh tiba ke lokasi dalam lima minit berbanding tempoh masa yang boleh mencecah lebih 30 minit untuk ke lokasi dari BBP, jika jalan sesak," katanya kepada Bernama.
"PKH ini beroperasi sejak bulan lepas dan beroperasi selama 24 jam dengan anggota yang bertugas bertukar silih ganti setiap 12 jam. PKH ini dibuka secara sementara sehingga tamat musim monsun timur laut," katanya.
Norazam berkata PKH tersebut turut dilengkapi dengan aset bomba seperti kereta pacuan empat roda, bot dan jentera bomba bagi tujuan operasi menyelamat segera.
Selain itu katanya pihak bomba turut bekerja sama dengan syarikat lantikan kerajaan negeri seperti KDEB Waste Management (KDEBWM) dan pihak berkuasa tempatan (PBT).
"KDEBWM menyediakan kemudahan seperti khemah manakala PBT seperti Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyediakan keperluan asas seperti bekalan air, tandas bergerak kerana kami bersiap siaga dalam tempoh lama di lokasi tersebut.
"Jika bencana (banjir) berlaku, mereka (PBT) melalui Skuad Pantas akan terus ke PKH dan menyokong operasi kami," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 13 2022
Keadaan banjir di Sri Muda, Shah Alam ketika banjir besar yang melanda Selangor tahun lalu. - Foto fail/Astro AWANI
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
#AWANIRingkas 12 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 12 Disember 2024
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang. #AWANInews
Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2. #AWANInews
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
Banjir di Kelantan pulih, PPS terakhir ditutup petang ini
PPS Sekolah Kebangsaan Limau Kasturi 1 yang menempatkan 41 orang ditutup sekitar 5 petang tadi.
Kebersihan Bandaraya Diraja Klang: Selangor terima teguran Sultan Sharafuddin
Kerajaan Selangor menerima dengan hati terbuka teguran Sultan Sharafuddin yang menzahirkan keprihatinan berhubung tahap kebersihan di Bandaraya Diraja Klang.
Mangsa banjir di Pantai Timur meningkat, Perak, Johor kekal
Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan hujan berterusan di beberapa negeri sehingga esok, termasuk Perlis, Kedah, Perak, Kelantan, dan Terengganu.
Semakin ramai mangsa banjir di Pantai Timur, Johor ditempatkan di PPS
Situasi banjir di Pantai Timur dan Johor bertambah buruk malam ini apabila semakin ramai mangsa ditempatkan di PPS.
Cadangan bina PPK langkah proaktif hadapi bencana - Timbalan Premier
Pembinaan pusat pemindahan kekal (PPK) terutamanya di kawasan berisiko banjir merupakan langkah proaktif kerajaan dalam menghadapi bencana.
PDRM siap sedia hadapi gelombang banjir seterusnya - Ayob Khan
PDRM bersiap siaga bagi menghadapi gelombang banjir seterusnya, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.
Amaran hujan lebat tahap buruk, waspada di enam negeri
Hujan berterusan tahap waspada sehingga Khamis ini dijangka berlaku di seluruh Perlis dan beberapa kawasan di Kedah.
Keterlibatan sukarelawan wanita penting dalam misi bantuan bencana
Nilai empati dan sifat prihatin wanita yang lebih dominan membantu dari segi bantuan psikosial kepada mangsa banjir.
Amaran hujan berterusan tahap buruk di Terengganu, Pahang hingga esok
MetMalaysia hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk di Terengganu dan Pahang sehingga esok.