awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
Operasi banteras kegiatan e-waste haram diperhebat di semua pelabuhan - Saifuddin
Pulau Pinang peruntuk dana RM50.93 juta, salur bantuan kepada 281,135 penerima i-Sejahtera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bomba padam kebakaran kereta temui mayat rentung

Bernama
Bernama
26/12/2018
14:33 MYT
Bomba padam kebakaran kereta temui mayat rentung
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan Norazam Khamis berkata pihaknya menemui mayat tersebut selepas kerja-kerja pemadaman api selesai dalam kejadian kira-kira 9.45 malam tadi. - Foto Sinar Harian
Satu mayat rentung ditemui di dalam sebuah kereta yang musnah dijilat api dalam kejadian di Taman Jasper Jaya, di sini malam ini.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan Norazam Khamis berkata pihaknya menemui mayat tersebut selepas kerja-kerja pemadaman api selesai dalam kejadian kira-kira 9.45 malam tadi.
"Kereta yang dipercayai jenis Nissan Sentra tersebut diletakkan di bahu jalan dan ketika bomba tiba api sedang marak.
"Apabila kerja pemadaman selesai sepenuhnya, pihak bomba baru sedar ada mangsa yang telahpun rentung di dalam kenderaan berkenaan," katanya ketika dihubungi di sini.
Menurutnya identiti mahupun jantina mangsa tidak dapat dipastikan berikutan keadaan mangsa yang rentung sepenuhnya.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#bomba
#mayat
#Negeri Sembilan
#Nissan Sentra
#Norazam Khamis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan