awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YouTube perkenal kemas kini pengurusan kandungan, tetapan video lebih ringkas
Pakai 'Mankini' tiru watak Borat, tiga penyokong Club Brugge dipenjara di Kazakhstan
Rasmi – Perniagaan TikTok Amerika Syarikat dijual, entiti baharu ditubuhkan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bomba sedia gerakkan hampir 16,000 anggota, 983 aset hadapi Monsun Timur Laut

Bernama
Bernama
01/11/2025
07:15 MYT
Bomba sedia gerakkan hampir 16,000 anggota, 983 aset hadapi Monsun Timur Laut
Nor Hisham (kanan) bercakap ketika sidang media pada Hari Pengujian dan Pemeriksaan Logistik Operasi Banjir di Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang hari ini. - Foto Bernama
KLANG: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menggerakkan 15,620 anggota serta 983 aset darat dan marin bagi menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) dijangka bermula sebelum pertengahan bulan ini hingga Mac tahun depan.

Ringkasan AI
  • Sebanyak 15,620 anggota dan 983 aset darat serta marin digerakkan bagi menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka bermula sebelum pertengahan bulan ini hingga Mac 2026.
  • 3,683 lokasi dikenal pasti berisiko banjir, dengan Pahang (760), Kelantan (618) dan Terengganu (460) mencatat jumlah tertinggi; Sabah (517) dijangka terima hujan melebihi purata.
  • JBPM beri perhatian kepada kawasan berkepadatan tinggi kerana banjir bandar menyebabkan air naik cepat dan kesesakan lalu lintas yang menyulitkan operasi menyelamat.

Ketua Pengarah JBPM Datuk Seri Nor Hisham Mohammad berkata persiapan menyeluruh telah dijalankan termasuk aspek logistik di balai terlibat, dengan 3,683 kawasan berisiko banjir dikenal pasti di seluruh negara.
"Negeri-negeri di Pantai Timur mencatat jumlah kawasan berisiko banjir tertinggi, iaitu Pahang sebanyak 760 kawasan, Kelantan 618 kawasan dan Terengganu 460 kawasan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pelabuhan Klang bagi Hari Pengujian dan Pemeriksaan Logistik Operasi Banjir di sini hari ini, yang turut dihadiri Pengarah JBPM Negeri Selangor Wan Md Razali Wan Ismail.
Selain negeri di Pantai Timur, negeri lain yang mencatatkan jumlah kawasan berisiko tertinggi ialah Sabah dengan 517 diikuti Johor (343), Perak (280) dan Negeri Sembilan (123), katanya.
Nor Hisham berkata bagi menghadapi MTL, JBPM turut menumpukan perhatian kepada kawasan bandar yang berkepadatan penduduk tinggi kerana operasi di kawasan sedemikian mempunyai cabaran tersendiri.
"Disebabkan jumlah penduduk yang tinggi dan susun atur rumah yang seragam, cabaran banjir di kawasan bandar menjadi lebih ketara. Apabila air naik, ia lebih cepat memenuhi kawasan kediaman dan menyukarkan operasi menyelamat.
"Selain itu, banjir bandar turut berdepan isu kesesakan lalu lintas. Pada masa sama ketika penduduk cuba keluar dari kawasan terjejas, pasukan penyelamat perlu memasuki kawasan itu, dan keadaan ini mewujudkan pergerakan bertentangan yang menyulitkan operasi," katanya.
Beliau berkata ramalan meteorologi menjangkakan MTL tahun ini berada pada tahap biasa di kebanyakan tempat, namun kawasan-kawasan di Sabah dijangka menerima taburan hujan melebihi purata.
-- BERNAMA
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#JBPM
#gerakkan aset
#monsun timur laut
#banjir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan