Skip to main content

Dunia

Lebih 60 kapal Global Sumud Flotilla akan berlayar ke Gaza hari ini

BARCELONA, 13 April -- Para aktivis misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 memulakan pelayaran mereka di Laut Mediterranean dari Pelabuhan Barcelona menuju ke Gaza semalam dengan ribuan penyokong dari pelbagai negara berhimpun di Moll de la Fusta.  Misi berkenaan yang bertujuan memecahkan kepungan Israel ke atas Gaza serta menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin. Misi berkenaan melibatkan lebih 80 kapal dan kira-kira 1,000 peserta dari seluruh dunia.  --fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA
Menurut GSF, misi tersebut turut bertujuan menggerakkan tindakan antarabangsa yang berterusan serta mendedahkan apa yang disifatkan sebagai penglibatan dalam mengekalkan sekatan terbabit. - Bernama

KUALA LUMPUR: Lebih 60 kapal dari Itali dan Sepanyol di bawah Global Sumud Flotilla (GSF), yang kini berlabuh di Pelabuhan Augusta, Itali, akan belayar ke Gaza hari ini dalam satu misi yang bertujuan memecahkan sekatan ke atas wilayah Palestin.

Menerusi kenyataan hari ini, GSF memaklumkan flotila berkenaan akan belayar “dengan matlamat yang jelas untuk memecahkan sekatan” serta menegaskan semula hak rakyat Palestin untuk menentukan nasib sendiri, di samping mendesak pembukaan koridor kemanusiaan kekal ke Gaza.

Advertisement

Menurut GSF, misi tersebut turut bertujuan menggerakkan tindakan antarabangsa yang berterusan serta mendedahkan apa yang disifatkan sebagai penglibatan dalam mengekalkan sekatan terbabit.

Dengan merujuk kepada Deklarasi Brussels yang diterima pakai pada Kongres Parlimen pertama GSF pada 22 April lepas, GSF memaklumkan “sekadar kecaman” terhadap Israel dan sekutunya tidak lagi mencukupi memandangkan penjarahan yang berterusan, penutupan laluan darat serta sekatan akses kemanusiaan ke Gaza.

“Adalah perlu untuk bertindak secara bersepadu dan mengikut pendekatan yang berbeza,” menurut GSF sambil menambah satu barisan hadapan antarabangsa perlu dibentuk bagi mencabar apa yang digambarkan sebagai sistem yang mengekalkan sekatan tersebut.

GSF memaklumkan usaha seumpama itu termasuk melakukan boikot, tekanan politik di peringkat dalaman, gerakan kesatuan pekerja, mogok umum serta tindakan ketidakpatuhan awam tanpa keganasan sebagai sebahagian daripada strategi bersama untuk mempertahankan hak rakyat untuk menentukan nasib sendiri.

-- BERNAMA

Must Watch Video