awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Edar vape berisi dadah, warga Singapura antara dua ditahan
TPM Ahmad Zahid cadang Skim Potongan Gaji sukarela perluas program wakaf al-Quran
Lebih 51,000 penerima bantuan JKM di Kelantan masih aktif
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bomba selamat 4 mangsa termasuk kanak-kanak terperangkap dalam hotel terbakar

Bernama
Bernama
14/06/2023
09:46 MYT
Bomba selamat 4 mangsa termasuk kanak-kanak terperangkap dalam hotel terbakar
Pasukan bomba mendapati dua wanita dan seorang lelaki berusia antara 37 hingga 55 tahun serta seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun, berada di dalam hotel itu. - Gambar hiasan
JOHOR BAHRU: Empat individu termasuk seorang kanak-kanak terselamat dalam kebakaran di sebuah hotel di Jalan Harmonium, Taman Desa Tebrau, di sini, malam tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Johor Jaya Penolong Kanan Penguasa Bomba Saiful Bahari Safar berkata seramai 18 anggota daripada BBP Johor Jaya dan Tebrau digegaskan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada 9 malam.
Beliau berkata sejurus tiba, pasukan bomba mendapati dua wanita dan seorang lelaki berusia antara 37 hingga 55 tahun serta seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun, berada di dalam hotel itu.
"Pasukan bomba berjaya mengeluarkan kesemua mangsa dari bangunan itu. Dua daripadanya mengalami sesak nafas dan diberikan rawatan awal sebelum dihantar ke Hospital Sultan Ismail," katanya.
Katanya kebakaran di bangunan setinggi lapan tingkat itu melibatkan sebuah stor di tingkat satu dan kebakaran yang memusnahkan lima peratus daripada keseluruhan bangunan itu berjaya dipadam sepenuhnya pada 1.10 pagi tadi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#hotel terbakar
#Johor Bahru
#bomba selamat mangsa
#mangsa terperangkap
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan